Followers

Wednesday, August 27, 2014

Dia 3 Tahun

Teks : Normi M.Yusof
Foto : Koleksi Peribadi

Anak hadir membahagiakan dengan caranya tersendiri. Lengkap cerita disebaliknya. Semua ibu ada gaya berbeza menceritakan perihal anak-anak. Tidak kira anak ke berapa sekalipun. Along hadir menoktahkan penantian ummi abi setelah beberapa tahun menanti kehadiran cahayamata. Kak Ngah lahir ketika abi menyambung pelajaran dan ummi bergelut di dalam bilik bersalin ketika yang sama abi menduduki peperiksaan akhir. Adib lahir di bulan Ramadhan tepat tarikhnya 27. Ramadhan. Mungkin Lailatul Qadar ummi gagahkan diri solat sunat taubat walaupun hanya 2 rakaat mampu dilakukan ketika jam menjengah 12 tenah malam. Alhamdulillhah mudah sungguh kelahiran Adib. Iklil pula datang untuk mengingatkan ummi abi hidup penuh ujian. Ujian tanda kasihnya Allah. Saat seminggu di wad menunggu lahiran ada zikir yang sepenuhnya membuat ummi yakin percaya Allah yang mengawal hidupku. 3 minggu di wad selepas kelahiran Iklil berendam air mata ummi kerana risaukan kesihatan anak keci yang dicucuk sana sini. Ujian memang menguatkan!

Adib Al Ameen menjengah usia 3 tahun hari ini 27 Ogos. 
Adib ditahnikkan oleh Tuan Guru Haron Din,doanya barokah Tuan Guru mengalir bersama Adib Al Ameen.


Adib berkarakter ceria dan riang ria. 








Kini abi dah jadi seorang abang


Alhamdulillah nikmat ini besar harganya untuk hamba Ya Allah. Sekerdil-kerdil tangan kami menadah tangan agar anak-anak kecil ini membesar menjadi hambaMu yang soleh yang menjadi sebutan Mu dan sebutan para malaikat dan seluruh makhluk di langit dan di bumi.

Genap juga 3 tahun saya bergelar WAHM. Saya melepaskan jawatan  sebagai guru ketika mengandungkan Adib Al Ameen.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^