Satu hari.. Ayah kepada Imam Syafie ditanyakan satu soalan. “Bagaimana Tuan mendidik anak sehingga menjadi ulama besar buat umat?” Jawaban dari ayah Imam Syafie .. “Saya sudah mula mendidiknya puluhan tahun sebelum beliau lahir lagi”.
Dalam erti kata lain.. MUHAMMAD AL-AMEEN: semoga anak ini mengasihi Allah dan mewarisi
Sebelum lmam Syafie lahir, ayah beliau sudah mendidik dengan menyediakan ACUAN terbaik buat anaknya.. Acuan IMAN dan AKHLAK. Siapa acuan bagi anak-anak? Tidak ada lagi jawaban yang lain melainkan IBU-BAPA! Ini kerana dua insan inilah yang mereka dampingi bermula dari buaian sehinggalah mencapai tahap seorang yang sudah mukallaf.. Ataupun dalam teori psikologinya, proses ini dinamakan sebagai proses PELAZIMAN iaitu anak-anak akan meniru sikap teladan yang terhampir dan terkerap ditemui!
Jadi bagaimana dengan kita.....masih belum terlambat untuk memperbaiki diri.
2 comments:
semuga anak yang kita didik menjadi insan yang mulia dunia dan akhirat. amin.
Salam kenal.
Tulisan yang sama dengan mood yang saya rasa sekarang. Walaupun saya masih belum berkahwin dan mempunyai anak-anak, saya yakin persediaan untuk itu telah perlu dimulakan dengan seseriusnya dari sekarang. Syukran atas peringatan.
Post a Comment