Followers

Monday, June 1, 2009

JANGANLAH BIARKAN AYAM LEBIH CERDIK DARIMU.....

SEBAHAGIAN WASIAT LUQMAN A.S KEPADA ANAKNYA.....

  • Anakku, janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu kerana ia akan kibaskan kepaknya pada waktu malam dan bertasbih pada Allah. Jagalah dirimu daripada cuai. Takutlah Allah dan janganlah kamu tertipu dengan kata si jahil bahawa sesungguhnya ada permata dalam tanganmu sedangkan kamu tahu ia adalah tahi unta.
  • Anakku, banyakkanlah diam kerana sesungguhnya engkau akan dihormati dan engkau tidak akan sekali-kali akan kecewa kerana diam.


  • Anakku, seorang yang keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya, dan apabila dia senyap pun, nescaya kejahatannya akan diketahui juga. Apabila beramal dia merosakkan, apaabila melakukan sesuatu dia membinasakannya. Apabila dia tidak perlukan pertolongan dia akan sombong, tetapi apabila dia perlukannya dia kan putus asa. apabila dia gembira dia terlalu sangat, dan apabila dia sedih dia marah. Pabila dia berkuasa dia jahat, dan apabila dia lemah dia hina. Apabila dia meminta dia mendesak, dan apabila dimiinta dia bakhil. Apabila ketawa dia berlebih-lebih, dan dan apabila dia dihedik dia kasar. Apabila dia memberi dia menyebut-nyebut.

1 comment:

ibundo said...

Nasihat yang berguna untuk dijadikan pedoman. Semuga Allah jauhkan kita dari menjadi yang keji.

KAMI ^_^

KAMI ^_^