Followers

Sunday, March 8, 2009

DARUL QURAN KU


Terpegun seketika tatkala melihat gambar masjid DQ di waktu malam,ada bulan purnama lagi. MasyaAllah, cantik sungguh. DQ tempat saya kenal pahit getir kehidupan, tempat saya ketawa keriangan, tempat saya menangis akibat luka yang dalam. Padanya ada banyak kenangan manis, tak kurang juga duka lara yang sangat meremukkan hati. Apapun DQ antara taman-taman indah, yang mana manusia yang datang kepadanya adalah untuk lebih akrab dengan al Kholiq.

Masjid DQ terletak di atas tasik, jadi ia juga mengadap tasik. Ada satu tempat duduk yang sering menjadi singgahsana saya tatkala mata lesu mengadap AL QURAN, atau ketika hati gundah gulana dengan imtihan,syafawi,tahriri, atau tatkala risau dengan muqorror yang belum habis. Adakalanya di situlah tempat air mata saya tumpah dengan segala macam ujian kehidupan yang meremukredamkanhati.... saya bercakap dengan tasik, berbicara dengan angin,berbisik dengan kehijauan pokok.....mereka mengerti? Mungkin...

Di sebelah kanan masjid DQ ada pondok tempat untuk iadah AL QURAN, di situ tersimpan kenangan indah(????) bila saya pitam ketika iadah dengan K.Azwa. ...kikiki. Tetiba mata terasa gelap dan tak sampai sesaat saya jatuh. Terkejut badak K.Azwa. memang cuaca hari tu sangat panas......kenangan.

Darul Quran taman tarbiah untuk saya. Semoga saya bisa ke sana lagi, untuk mengimbau segala kenangan lama atau mungkin untuk mencipta kenangan baru.

Tetapi, saya telah berjanji tidak akan ke sana selagi belum terlaksana satu perkara. Apa perkara itu?? Jengjengjeng...biarlah ia menjadi rahsia saya. Namun saya tidak mampu merahsiakannya dari Allah, kerana segala rahsia adalah milikNya.

.....kerana kita hambaNya, kembalilah kepadaNya,BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^