Aku malu pada Allah
kerana akulah itu hamba yang saban waktu berjanji pada Nya
namun....
akulah juga yang memungkirinya.
Aku malu pada Allah
kerana akulah itu hanya hamba kecil kerdilnya
namun....
diri sarat dan berat dengan beban dosa padaNya
Aku malu pada Allah
kerana akulah itu hamba yang sering meminta itu dan ini pada Nya
namun...
sering pula terlupa untuk mensyukurinya
Aku malu pada Allah
kerana akulah itu hamba yang saban waktu hidup atas ihsan dan rahimNya
namun...
diri masih terlalu berkira untuk mengorbankan rehatku demi beribadah padaNya
Sesungguhnya, aku benar-benar malu padaMu Ya Allah.
tinta menitis dari pena : miebintang

No comments:
Post a Comment