Sampai sahaja di pekan Kundasang, kami mencari tempat penginapan....pada mulanya berhasrat menginap di Pusat Latihan Dakwah (PLD) Kundasang, memang sangat cantik pemandangannya cuma heater PLD pula rosak, sedangkan suasana sudah teramat sejuk walaupun jam baru sekitar waktu zohor....aduhai, belum lagi waktu malam dan subuh...tambah dengan hujan rasa macam nak beku. Di samping kemudahan yang agak terhad sebab PLD terletak di atas bukit. Akhirnya KINABALU PINE RESORT menjadi pilihan, memang sangat berbaloi, RM 160 sehari plus dinner and breakfast. Alhamdulilah, ketiga-tiga bilik kami mengadap GUNUNG KINABALU, cantik sungguh.
Sekadar catatan perjalanan dalam menghargai anugerah Allah dengan kasih sayang keluarga dan menghayati kehebatan Ar Rahman.
No comments:
Post a Comment