Followers

Monday, April 13, 2009

PESANAN DARI SEORANG ADIK

Adik saya Nurul Huda mengirim satu tulisan yang amat menyentuh hati saya sebagai isteri....isteri yang telah membuat pilihan untuk mengahwini seorang suami...

Jom baca dengan hati....

Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya....ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kiita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana nak jaga kasih sayang itu agar berkekalan?

Guru : Ok,kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang PALING CANTIK,tanpa menoleh ke belakang lagi walau hanya sekali. Bila dah pilih rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru bertanya.

Guru : Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada yang cantik, banyak.....tapi, cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai ke hujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungin ada di antara yang di belakang saya rumput paling cantik, tapi cikgu akap tak boleh menoleh ke belakang lagi, jadi tiadalah rumput yang boleh saya ambil.

Guru : Ya...itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi.... Ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik untuk kita. Walaupun, kita akan berjumpa dengan lebih ramai orang cantik dan baik......

Moral of the story : >>sebelum buat pilihan, solat istikhoroh dulu....semoga orang yang kita suka ini juga pilihan Allah untuk kita. insyaAllah...tiada penyesalan bagi orang yang istikhoroh.
>>solat istikhoroh inilah kekuatan, andai dalam hidup rumahtangga kita diuji dengan datangnya orang yang jauh lebih baik dr pilihan kita...
>>jika diuji begini, kembalilah pada Allah dgn solat dan doa...kuatkan hati, bisikkan pada diri kita memilihnya pasangan kita dulu bukan sembrono saja, tapi ada solat istikhoroh yang kita lakukan....yakin pada Allah.
>>jangan ketawa membaca artikel sebegini, kerana mutaakhir ini, terlalu byk kes perceraian kerana kes isteri atau suami berubah hati, suami bercinta dengan rakan sepejabat, isteri bercinta dengan jiran. Atau kerana suami kecewa isteri tidak mahu mengikutnya berpindah...
>>"YA ALLAH KEKALKAN KASIH SAYANG KAMI HINGGA KE SYURGAMU....."


2 comments:

bulan bersinar said...

manusia sering lupa bersyukur andai dia disisi, namun menangisi bila sudah tiada disisi..

albelurani said...

Alhamdulillah... cantik dan manis itulah fitrah kesukaan manusia tapi jarang dihargai apa yang dah manis dan cantik dihadapan mata... hebat. Bagi dah bersuami/isteri... hargai pasangan masing-masing. Syabas Habibati di atas coretan agar ia menjadi Mau'izah ( peringatan yang baik ) untuk kita dan para pembaca.

KAMI ^_^

KAMI ^_^