Followers

Thursday, May 14, 2009

HANYA SYURGA TEMPAT BEREHAT.....

Letih, mual, badan lesu tak bermaya, sakit kepala, emosi yang bercelaru - semalam selepas solat maghrib saya menangis tanpa sebab....tidak tahu apa yang menyebabkan saya sedih. Ameen pun pelik, kenapa umminya menangis...tapi, dia tetap meyapu air mata di pipi saya.... (anak, memang penawar hati....)

Semua itu saya rasa saat ini. Selepas "disyaki" mengandung anak kedua. Kenapa "disyaki"? Kerana doktor belum dapat sahihkan kandungan saya....masih terlalu awal (lebih kurang 5 minggu). Bila scan masih terlalu kecil - apa sahaja kemungkinan boleh terjadi, tambahan pula saya pernah keguguran sebelum mengandung yang ini.

Saya juga didapati ada "cyst" dalam rahim. Takut....harap-harap ia sekadar hanya kecelaruan hormon akibat mengandung seperti kata doktor, dan akan hilang sendiri. Tapi, kalau semakin besar may be kene operate....huwa...tatutnye...

Apapun, seribu kesyukuran untuk anugerah Allah ini.....letih, lesu memang...tapi bahagia tetap ada.

Dengan segala macam mehnah ini, sabar memang penawarnya. Dalam letih lesu ini memang diri berharap untuk berehat.....

"NAMUN BAGI KITA YANG SEDAR HIDUP DI DUNIA ADALAH UNTUK BEKERJA MENAMBAH BEKAL PAHALA, JUGA BERLARI MENGEJAR REDHA ALLAH....MAKA HANYA SYURGA TEMPAT BEREHAT YANG ABADI....."


p/s: terima kasih buat suami... sabar melayan kerenah isteri ini. ayam goreng + telur dadar malam tadi tetap sedap seantero dunia....walaupun pahit sikit....hangit le tu kikiki. tengkiiu bery-bery mac!!!!

3 comments:

Ummuafiq Hashim said...

Time2 macam ni perhatian dan timbang rasa suamilah yang paling jadi penawar.Insyaallah semuanya akan berbaloi.First time masuk blog ni, salam ukhwah utk ummuameen.

k.aliza said...

Salam Tahniah,
Beruntung berada dalam keadaan ini kerana setiap detik dirahmati Allah.
Itulah kelebihan wanita.

Jaga diri baik-baik.

mummyseri said...

Salam normi..
Tahniah ye..jaga diri baik-baik..didoakan untuk normi agar semuanya selamat..amien..

KAMI ^_^

KAMI ^_^