Followers

Thursday, June 4, 2009

SUKARNYA MENCONTOHIMU.....

Saat menulis ini, hati saya ada gundah yang menerjah.... masih terbayang di ruang mata saya seorang kanak-kanak yang meminta seringgit dari saya, namun HATI SAYA YANG SEKERAS BATU INI, TANPA SEKELUMIT RASA BELAS...LANTAS DENGAN PANDANGAN MATA YANG KOSONG ITU, SAYA HANYA MENGGELENGKAN KEPALA. Lalu berjalan menuju ke kereta.
Saya tidak merasa apa-apa, sehinggalah semalam, saya tiba-tiba teringat kejadian dan kanak-kanak itu. Ada rasa sayu dan rasa bersalah yang amat sangat. Kerana, apalah sangat nilainya seringgit itu, dibandingkan RM 50 yang baru saya belanjakan untuk membeli sehelai alas meja!!!! Ya Allah, ampuni sifat buruk hambaMu ini.

Kejadian yang lain.....

Dari Sabah, kami sekeluarga balik ke kampung saya di Kelantan meraikan I'dul Adha. Menjadi kelaziman kami meminjam kereta ATOS kakak ke 2, kerana dia memiliki 2 kereta.


Lebih kurang 2/3 hari sebelum pulang semula ke Sabah kami ke KB untuk membeli keperluan, singgah di sekitar Masjid Muhammadi untuk makan dan solat. Ketika turun dari kereta ada sepasang suami isteri seusia 60 tahun meminta rm10 dari suami. Suami saya hanya senyum tanpa berkata apa-apa dan menghulurkan apa-apa. Kami terus ke sebuah restoran dan seusai makan kami solat di Masjid Muhammadi.

Sehabis solat, kami menuju ke kereta.....masyaAllah, kereta ATOS hijau itu dipecahkan cerminnya!!!! handphone milik adik saya, bersama duitnya hilang. Dalam panik dan gugup hanya rasa terkejut yang menyelubungi kami.

Ketika bermuhasabah dan berbicara dengan suami tentang kejadian itu, ada terdetik di hati saya....apalah sangat rm10 permintaan suami isteri tersebut. Mungkin ini peringatan dari Ilahi untuk kami yang sangat berkira dalam bersedekah. Kalaulah....(ya, kalau selalu menjadi permainan syaitan).....

IKTIBARNYA.....

Sukar benar untuk mencontohi sifat kedermawananmu Ya Rasulullah Habibullah....

Kita selalu memandang enteng dan sebelah mata peminta sedekah biar kanak-kanak atau orang tua.....selalu memujuk diri dengan kata-kata untuk menyedapkan nafsu,

"Ah!!! mungkin sudah ramai orang beri budak ni hari ni. Kita ni entah orang ke berapa......"

"Pak Cik ni tah-tah lagi banyak duit dari aku......"

Sedangkan, biarlah kita orang ke seratus memberi kepada budak itu, atau pak cik itu lebih kaya dari kita, tapi keikhlasan bersedekah itu nilaian Allah. Itu pahala dan mahar kita dihadapan Allah nanti. Siapa tahu, nilai seringgit itulah yang mengundang redha Allah untuk kita melangkah ke syurgaNya.

Kerana sesungguhnya, tiada manusia rela membuang rasa malu dan maruahnya untuk meminta-minta melainkan insan-insan terdesak.

Ya Rasulullah sukar sungguh mendidik hati ini mencontohi mu...

"Suatu ketika Nabi SAW duduk bersama sahabat baginda. Datang seorang wanita memakai pakaian ynag baik mutunya. Wanita itu berkata, " Ya Rasulullah, aku datang untuk memberimu pakaian ini." Lalu baginda mengambilnya. Sememangnya baginda sangat memerlukan pakaian itu, lalu memakainya. Seorang sahabat melihat baginda memakai pakaian itu berkata kepadanya, "Pakaian ini sangat bagus. Berikanlah ia kepadaku." Dengan tersenyum baginda berkata, "Ya." Lalu baginda memberikan pakaian itu kepadanya, padahal baginda sangat memerlukannya.
(buku TUNDUKKAN HATI-TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT. ms117)

teringat kata-kata saidina Umar r.a
"mungkin burung ini lebih mulia dariku"
"semua ke syurga kecuali dia, kubimbangi DIAlah DIRIKU..."

3 comments:

c cumil said...

sekadar tazkirah semoga barokah...

kakpah said...

memang sifat berkira-kira tu ada dalam diri manusia. Tapi kadang-kdang nak beri orang pun tengok keadaan jugak ormi. Ada orang yang memang suka mengambil kesempatan. Semuga kita diberi jalan untuk memilih kebenaran.

Anonymous said...

Memang sedekah tu satu amalan yang mulia. apa pun tak kisahlah kita kaya atau sederhana atau miskin pun, jika ada yang memerlukannya dari kita ikhlaskan lah hati, biar pun dia berniat jahat, itu antara dia dan Allah swt. mana tau rm 1 tu menjadi rezeki kita akan mendapat rm 10 atau rm1000 tanpa di duga. Lagipun pahala kita bertambah...ummiubaid. ehe..

KAMI ^_^

KAMI ^_^