Followers

Thursday, July 30, 2009

BELUM CUKUPKAH KEMATIAN SEBAGAI PERINGATAN?

Kematian selalu mengejutkan kita....



Baru-baru ini kita diberitakan dengan kematian pengarah filem yang selalu mengundang kontroversi dengan hasil karyanya.....Yasmin Ahmad. Namun saya bukanlah ingin menulis tentang itu....siapa pun dia di mata kita dan yang lebih utama di sisi Allah, marilah kita doakan agar segala dosanya diampunkan.
Begitu juga dengan Micheal Jackson, dunia masih terkejut dengan pemergiannya. Punca kematian masih menjadi tanda tanya hingga kini. Keaiban demi keaiban dibuka. Pun begitu, biar sekotor manapun hidupnya sebelum ini namun seandainya dia benar-benar telah melafazkan kalimah tauhid "SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD saw ADALAH RASULULLAH", kalimah yang melayakkan dia bergelar muslim, marilah kita doakan agar segala dosanya diampunkan.
Saya pernah menukilkan di sini, tulisan Ustaz Zaharuddin berkaitan Dr Marwa el Sherbini, muslimah warganegara Jerman yang mati dibunuh ketika berada di mahkamah hadapan suami tercinta, kerana mempertahankan hijab dan agamanya yang dihina sang kafir laknatullah. Kematiannya memang tragis dan menyayat hati, justeru marilah kita doakan agar segala dosanya diampunkan.

KONKLUSINYA, kematian tidak pernah bertanya SUDAH BERSEDIAKAH ANDA ATAU BELUM, UNTUK BERTEMU AL KHOLIQ?

  • Yasmin jatuh pengsan diserang strok tatkala membentangkan kertas kerjanya di TV3, dia bercakap tentang projeknya yang AKAN DATANG......adakah kita rasa dia terfikir keesokkan hari nyawanya akan dicabut Izrail?
  • Micheal pula dijemput pulang tatkala sedang sibuk dengan "comeback consert"nya yang AKAN BERLANGSUNG. Saya sebelum melayari berita terkini dunia di yahoo.com, yang terkejut ala-ala badak dengan berita kematiannya.....saya terbaca di akhbar tentang konsert Micheal yang akan dihiasi oleh kira-kira 300 000 kristal! Adakah kita rasa dia terfikir nyawanya akan dicabut Izrail, tanpa sempat berlangsungnya konsert itu?
  • Dr Marwa, baru sesaat gembira dengan kemenangan kesnya (kemenangan Islam sebenarnya)....dia ditembak bertalu-talu selepas itu....namun dia nyawanya dicabut Izrail dengan penuh kehormatan, walaupun dia mungkin tidak menduga sama sekali dia bakal menemui Allah bersama bayi dalam kandungannya.
Ya....kita selalu tidak bersangka-sangka esok masih ada buat kita....menangguhkan amal, melazimi dosa, melambat-lambatkan taubat..... masih boleh memujuk diri esok masih ada mentari untuk kita bertaubat.....tapi, ADAKAH MENTARI ITU UNTUK KITA? BELUM TENTU.....

tinta normi : SEJUJURNYA, update kali ini khusus buat saya....kerana selalu leka dan merasa esok masih ada waktu untuk saya ia'dah (mengulang hafazan al Quran), sedangkan saya benar-benar tahu subuh nanti belum tentu saya mampu bangkit lagi..... Allahu akbar, benar sungguh kata ustaz saya menghafaz al Quran memang sulit, tapi untuk mengekalkan hafazan lagi sulit! Ya Allah berikan hamba kekuatan.

KEMATIAN MEREKA DENGAN SENYUMAN, BAGAIMANA DENGAN KITA?
(gambar mujahid Palestin yang syahid)


" Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalam ketaatan kepadaMu....."

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^