Followers

Thursday, July 2, 2009

SUBUH YANG TERAKHIR

Subuh Yang Terakhir lagu Rabbani, mempunyai nilai sentimental yang cukup tinggi pada saya. Lagu ini mengiringi perjalanan pulang saya dan suami (baru kira-kira seminggu berkahwin) dari 'airport' , hantar ma dan ayah saya pulang ke Kelantan, selepas kenduri di rumah suami..... dan saya akan bermastautin di Sabah bersama suami tercinta.

Hampir 2 jam dari airport ke rumah suami.....airmata tak henti-henti mengalir di pipi.....huhuhu.
Dari mata ma dan ayah saya tahu mereka turut bersedih.....tapi, inilah jodoh saya, selepas saya bersolat istikhoroh dan ayah pun memberi restunya selepas dia sendiri bersolat istikhoroh memilih jodoh untuk saya......

Harapannya, saya bisa mencontohi kesolehahan ma pada ayah...
Terkenang SABARNYA SAIDATINA KHADIJAH MENEMPUH UJIAN BERSAMA RASULULLAH, CERIANYA AISYAH DALAM MENGGEMBIRAKAN HATI RASULULLAH, JUGA SETIANYA NAFISAH PADA SAIDINA UTHMAN ra SAHABAT RASULULLAH..... semoga saya bisa mengikuti jejak mereka.



"Ya Allah, hadiahkanlah kami keluarga yang sakinah.....yang padanya
ada ketenangan, yang menjadi jambatan untuk kami
ke syurga Mu...."



SUBUH YANG TERAKHIR...RABBANI

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati,
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu

Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

TINTA NORMI : Wallahua'lam...yang terbaik tetap datang dari Allah, kekurangan sememangnya sentiasa mengiringi langkah si hamba......

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^