Followers

Sunday, September 20, 2009

BERAYA DI MANA?

Dengan asma' Allah yang Maha Agung, alhamdulillah.....sempat merasai manisnya Ramadhan kali ini.

Dari awal puasa, soalan paling kerap ditanya kepada saya....."BALIK RAYA KAT MANA?". Jawapan biasa, samada di Sandakan atau Kelantan. Disusuli soalan kedua, "BILA BERTOLAK?"
Tapi, tahun ini ada pertambahan soalan, "Eh, bukan ke 20hb dah raya kenapa 20hb baru flight?"

Hehehe....inilah nasibnya bila suami bekerja di Pejabat Mufti....tugas rasminya adalah melihat anak bulan. Tambahan pula suami saya berada di Unit Falak. Biasanya, selepas melihat anak bulan mereka akan ke istana pula, tak dapat tidak malam baru dapat pulang ke rumah.

Jadi, terpaksalah kami mengambil tiket penerbangan selepas solat hari raya.

Jawapan paling tepat, tahun ni kami beraya di 3 tempat. Pagi di Sabah, tengah hari di KLIA dan petang (may be dekat2 maghrib) kami berada di Kota Bharu.

zauji habibi....sempat lagi bergambar sebelum majlis


zauji habibi.....semoga impian untuk menjadi pakar falak akan tercapai

Lanjut mengenai Majlis Melihat Anak Bulan Syawal 1430H boleh masuk blog Zauji Habibi.

InsyaAllah esok kami akan bertolak balik. Doakan kami selamat sampai. Sape2 area KLIA tak nak jemput kami ke rumah ke? Lama tu di sana, 3 jam lebih....huhuhu.

Akhirnya, ucapan terima kasih buat ibu dan bapa mertua, 4 kilo udang galah sebagai buah tangan untuk keluarga saya di Kelantan. Kampung suami memang lubuk udang galah. Mama memang mak mertua paling best!!! Nanti mie bawa balik Sabah serunding daging peberet mama banyak2 ya. Sape nak makan udang, jemput ke Beluran.....

jangan jeles aaaa.....

Jumpa lagi, selamat hari raya.


No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^