Followers

Thursday, October 22, 2009

YA ALLAH, SEDIHNYA RASA HATI.....


Saya tidak pernah berjumpa dengan Ustaz Ramadhan Fitri, apatah lagi Ukhti Khadijah zaujahnya. Namun, dulu ketika menuntut di DQ saya sering juga mendengar namanya menjadi sebutan UNTUK DIJEMPUT sebagai penceramah untuk program-program jemaah DQ. Disebut-sebut kerana kepetahan bicaranya, namun hingga hari ini saya tidak pernah berpeluang mendengar ceramah beliau.

Namun, ketika berjalan-jalan di alam maya saya naluri seorang ibu saya cukup tersentuh dengan musibah yang menimpa keluarga Ustaz Ramadhan Fitri dan isteri. Anda boleh menjenguk blog SAIFULISLAM-Belasungkawa Anakanda Nur Fatimah (klik di sini), membaca tulisan beliau yang sangat menyentuh hati. Juga blog sahabat baik Ukhti Khadijah (Ukhti Najibah).



Ya Allah, hati saya mengeluh terbayang wajah manja Ameen anak saya. Semoga saya dan suami dijauhkah dari ujian yang tidak mampu kami memikulnya.



No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^