Followers

Friday, January 22, 2010

ALLAH MENTAKDIRKAN DIRIMU MERASAI PENGALAMAN IBU NABI.....SABARLAH SAHABAT!

ALLAH MENTAKDIRKAN DIRIMU MERASAI PENGALAMAN IBU RASULULLAH..... SABARLAH SAHABAT!
Panjang sungguh tajuk kali ini. Namun inilah sebenarnya yang ingin saya luahkan kepada sahabat saya itu.

Sudah lama ingin menulis tentang ini, namun selalu kesempitan waktu. Kejadian yang sangat meruntun hati saya sebagai seorang isteri dan ibu.....kejadian yang turut sama membuatkan hati saya membengkak kesayuan. Namun tiada apa yang mampu saya katakan melainkan SABARLAH...SEMOGA SABARMU INI MENJADI KUNCI PINTU FIRDAUSI.
Malam sebelum 2010 menjengah. Ketika baru beberapa hari melahirkan Iman, saya mendapat emel dari sahabat-sahabat exDQ....suami seorang sahabat di DQ meninggal dunia selepas seminggu koma akibat kemalangan. Allah...itu sudah cukup membuatkan saya terkejut, namun lebih menyayat hati sahabat saya itu sedang mengandung 7 bulan!

Suaminya meninggal dunia dengan kemuliaan, baru selesai solat berjemaah di masjid. Motornya dilanggar motosikal lain yang dibawa laju....kejadian berlaku disimpang rumah mereka.

INI BUKAN KALI PERTAMA...

Saya masih terbayang rasa terkejut saya, ketika dimaklumkan senior saya ketika belajar di DQ, suaminya meninggal dunia kerana serangan asma ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Suaminya meninggal disisinya, dalam kereta.....si isteri sedang menunggu hari untuk melahirkan anak sulung mereka. Mereka pulang untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka..... Allah ya Robbi, hebatnya ujianMu untuk mereka....

SEBELUM ITU....

Juga senior saya di DQ....suaminya meninggal dunia akibat barah kalenjar ketika dia baru melahirkan puteri sulung mereka. Suaminya yang juga ustaz saya tidak sempat melihat puterinya.. Dia dijemput pulang mengadap alKholiq di sebuah hospital di KL, ketika isteri bertarung nyawa melahirkan anak di Kelantan.

****************************************************************************************
MUNGKIN INI CERITA LUKA DAN DUKA YANG MEMBUATKAN HATI-HATI INSAN YANG MENGALAMINYA MENANGIS HIBA.....

ANDAI DISINGKAP TABIR SIRAH, KISAH DERITA BEGINI JUGA BONDA NABI SAW ALAMI....HANYA INSAN2 KENTAL ALLAH TURUNKAN UJIAN HEBAT SEBEGINI UNTUK MEREKA.

INSYAALLAH, SETIAP LUKA ADA SYIFA'NYA....

SABARLAH...SEMOGA SABARMU INI MENJADI KUNCI PINTU FIRDAUSI.

TINTA NORMI: dulu seorang teman selalu menasihati saya....belajarlah berdikari, andai kata patah kaki...kita masih ada tongkat untuk berdiri.....

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADANYA JUA KITA KEMBALI....SEMOGA INSAN2 YANG PERGI ITU ALLAH AMPUNI DOSA2 MEREKA, DAN INSAN2 YANG DITINGGALKAN TERUS TABAH MENDEPANI MEHNAH HIDUP SERTA DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN......

SEMOGA KEBAHAGIAAN DAN CINTA KITA
MEMBAWA KE SYURGA-NYA...AMEEN.

2 comments:

Adnazthie said...

Salam takziah untuk sahabat adik itu. Semoga dia cekal hati menghadapi hidup ini bersama anak yang bakal dilahirkan dan keluarga tercinta...Al Fatihah.
Dulu akak pun pelik ngapa masa abah meninggal emak menangis semahu-2nyer. Namun tangisannya insyaallah telah kami membalas dengan berjaya di bidang akademik dan semoga kami tidak lupa atas jasa dan pengorbanannya membesarkan kami berenam TANPA seorang suami.
Alhamdulillah sebelum pemergian abah, emak diberi petunjuk bagaimana berdikari...dengan menjual kuih muih.
Maka kita pun perlu sentiasa bersedia...Insyaallah selagi kita tak lupa adanya DIA.

Khaulah Al-Azwar said...

Salam ya ukht...sedih dan menyayat hati ujian2 sebegini dalam hidup kita..tapi inilah kehidupan...kehidupan yg menguji keimanan dan kesabaran hidup kita sebagai orang beriman...Allah telah memilih mereka untuk menghadapi dugaan ini...kerana Allah ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih baik yang kita tidak tahu...Salam takziah...

KAMI ^_^

KAMI ^_^