Followers

Monday, April 5, 2010

PERINTIS BAJU MUSLIMAH...


Dengan asma Allah yang Maha Agung.

Tajuk di atas MUNGKIN sahaja. Dulu-dulu sewaktu saya masih di DQ...jika kami bersukan, kami ada baju separas lutut yang ditempah khas. Masa tu baju-baju muslimah seperti sekarang belum wujud. Jika ada DARQIS - lupa dah penuhnya apa...- Lujnah Sukan & Riadah (exco 2003 masa tu Kak Alia...(mana akak sekarang? hehe), akan ambil tempahan, warna berbeza setiap tahun. Then, kami akan bersukan sepenuh hati., bermain dengan GUMBIRA di padang yang TERTUTUP, lelaki tidak boleh masuk...dengan baju itulah saya mewakili rumah sukan dalam larian pecut untuk menentukan juara keseluruhan....seronok zaman dulu-dulu.

Sekarang, saya tetap peminat baju-baju muslimah apa lagi kalau ia berwarna pink atau merah hati....

bersama 2 orang adik roomate saya.
haniah-baju DARQIS MERAH HATI bertulis DARUL QURAN(ex-roomate 2002)
zatil iffah-jubah biru(ex-roomate 2003)
gambar, sengaja saya kaburkan&kecilkan nak suruh tengok baju DARQIS kami saja hihi=)


Sekarang,

Sudah banyak pilihan baju muslimah kan....alhamdulillah, besar sungguh pahala orang yang "mengkomersial" baju ini.

Muslimah, anda boleh saja bersukan...beriadhah... namun aurat tetap perlu dijaga. Itu mahar termahal anda.
Wanita, sudah banyak pilihan untuk anda menutup aurat, namun mengapa yang menjolok mata tetap menjadi pilihan?

>PAKAIAN LAMBANG KETAATAN ANDA PADA PENCIPTA<


tinta normi: Nak baju muslimah? jenguk kedai sahabat saya....sekarang ada sale lagi....http://bajumuslimahkk.blogspot.com/. kak sheela...mie tolong promote ni...ada free gift ke?heh heh

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^