Followers

Monday, June 14, 2010

SELAMAT BERTUNANG ADIKKU...



Dengan asma Allah Yang Maha Agung.
  • Rasanya baru semalam saya bergaduh dengan dia.
  • Rasanya baru semalam saya menangis di atas buaian bawah pokok rambutan - sambil berkata, " Halim bukan adik Kak Mie lagi...".
  • Rasanya masih baru semalam dia mengejar saya dengan kayu dan saya lari sepantas yang boleh - dengan satu nafas saja - sambil memejamkan mata - Allah, takut sungguh masa tu! (Agaknya, sebab itulah saya boleh wakil sekolah hingga peringkat daerah dalam lari pecut100meter & 200 meter.)

  • Rasanya baru semalam juga saya terhendap-hendap senyap tanpa bunyi - mencuri (ambil tak bagitau...kalau bagitau sah dia tak bagi!) basikal barunya untuk di bawa ke sekolah. (basikal saya warna coklat, berkarat, berbunyi kuat bila di kayuh, aduhai.... basikal Halim merah membara cantik berkilat.)
  • Rasanya baru semalam saya tercucuk matanya yang bengkak hingga dia menangis bagai tak ingat dunia.
Segalanya terasa bagai baru semalam.....sedangkan ia mungkin telah berlalu belasan tahun yang lalu. Dan..... Hari ini 1 Rejab 1431 H - adik saya yang nakal terlampau ketika kecil, minum air teh dalam botol susu hingga darjah 1, menangis tak mahu ke tadika, suka buli saya, kakaknya yang cun melecun ini, AKAN BERGELAR TUNANGAN ORANG....

gambar kurang jelas, adik saya E Hidayah kirim melalui MMS

TINTA NORMI : Semalam seusai solat asar saya tiba-tiba rasa sebak, saya sorang saja di Sabah sekarang ini - sedih juga, waktu ini semua adik-beradik saya balik ke Kelantan. Menangis juga le..rasa sangat rindu dengan keluarga..nasib baik ada suami. Abe Long Ameen terus bertanya, " Nape ummi? Abi buat?" Ameen cukup sensitif bab ummi menangis ni...kih kih.

Abdul Halim anak ke6 dalam keluarga besar kami,selepas saya anak ke5. Anak lelaki pertama.
Halim juga memecah tradisi (tradisi???) keluarga kami, sebelum ni hanya kami yang dipinang orang, sekarang kami yang meminang. Ma ayah yang paling gembira barangkali. Ma yang paling sibuk, 3 kali saya menelefon semua tak dapat bercakap dengan ma!

Masih ada 5 adik-adik yang bakal menyusul jejaknya. Who will be the next? Huda kah??? hehehe

gambar tidak berkaitan dengan pertunangan Halim,
tapi gambar tunang saya ketika ayah sarungkan cincin
pertunangan 01 Julai 2003 dulu.



No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^