Followers

Wednesday, July 7, 2010

CUKUPLAH MIE!

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG....

Saya mengetap bibir agar tiada airmata yang gugur. Saya memandang ke luar tingkap kereta kami agar hati saya sedikit hilang rasa ngilunya.

Naluri saya menangis....beginilah keadaan Ameen ketika kami mengambilnya dari taska petang hari Isnin. Ya Allah...kesian sungguh anak ummi. Bukan marahkan pengasuh taska - kerana saya tahu mereka tidak bersalah - bukan juga pada kawan Ameen yang sama-sama bermain dengan Ameen hingga luka berdarah dahi Ameen - kerana saya tahu dia masih lagi seorang kanak-kanak.

Namun, saya sejujurnya marahkan diri sendiri....hati saya menjerit mengatakan "Cukuplah mie....."

Hati ibu mana tidak terluka bila anak diambil dalam keadaan merah mata akibat menangis, hidung lebam kemerah-merahan dan dahi luka sebegitu rupa....

di klinik Dr Syarifah


TINTA NORMI : DOAKAN SAYA AGAR DIKUATKAN SEMANGAT UNTUK BERHENTI KERJA DEMI SUAMI DAN ANAK. DOAKAN SAYA DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN TERCAPAI SEGALA IMPIAN. DOAKAN SAYA AGAR MENJADI NORMI YANG GIGIH DAN GAGAH SERTA KUAT SEMANGAT JUANGNYA. DOAKAN SAYA AGAR LEBIH LUNAK HATI DENGAN ALLAH, SERTA TEKUN BERIBADAH UNTUK LEBIH AKRAB DENGAN-NYA.
DOAKANLAH NORMI INI......

11 comments:

Ummuafiq Hashim said...

Sabar la..Normi, kena maafkan diri sendiri. Biasala ibu akan rasa bersalah amat sangat kalau tak dapat melindungi anak-anaknya. Semua yang berlaku mesti ada hikmah...

Pena Ainun Mardhiah said...

slm alaik..syafahllah..akk,smga Allah mngurniakan ilham yg terbaik pd akk utk mmbuat kputusan..mashaAllah..besarnya pgorbanan sbg isteri n ibu..moga ameen cpat smbuh,amin..

kak Nisha said...

assalamualaikum semua,
innalillah....., itulah antara pahit manisnya kehidupan. Pastinya selepas ini ada yang lebih besar lagi ujianNya. Semoga tabah menghadapi segalanya. Ameen.

Anonymous said...

sebenarnya, tiada apa mau dirisaukan. hendak anak jadi kuat, tambah lagi seorang hero, biarkan dia lasak. supaya akhirnya dia mengerti tentang hidup. umpama naik basikal bukan terus mengayuh laju. tapi didahului dengan jatuh dan luka. biasalah tu. anak lelaki.

Normi Hj Mat Yusof said...

normi to ummu afiq...
terima kasih akak. tp rasanya saya nak tukar taska ameen.....

Normi Hj Mat Yusof said...

to umair insyirah...

terima kasih adik atas doa....

nonie said...

sedih ngk luka tue ha..kita nie kau ank luka sikit pun dh gelabah mengs2..kalu kena gitu mau pengsan ke hape..huhu sabarla..
semoga dapat membuat keputusan yg terbaik utk family tercinta:)

Unknown said...

mashaallah... kesian amin. ibu mana yang tak sedih bila lihat anak yang paginya elok bila diambil dlm keadaan begini. semoga luka amin lekas sembuh dan duka di hati normi juga terubat. ujian Allah.

Adnazthie said...

Salam ziarah Normi..
Semoga Allah permudahkan segal buat kita semua.

Normi Hj Mat Yusof said...

to nonie,kak nisha, abu nuha,kak chik & adnazthie....

assalamua'laikum semua, terima kasih tidak terhingga atas doa kalian. saya dan suami membuat keputusan ameen akan berpindah taska ke rumah pengasuh yg jaga 2 org saja. sekurang2nya utk tahun ini. insyaallah saya akan berhenti kerja. sebelum itu saya kene settlekan beberapa perkara hingga hujung tahun nnt. doakan saya!

niyalahuda~~ said...

ameen meh dk ngn c.da...i.Allah slmt.jgn trjun ostel c.da dh la...hehhe. kalu nk blk kg pn mdh...dkt je.=D

KAMI ^_^

KAMI ^_^