DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG
Bila rindu bertamu
aku menjadi si penyair sepi
menghitung bilah-bilah kenangan
menyiram taman-taman doa
mengutip kuntum-kuntum mahabbah
SAHABAT DQ 2000-2003/2004
Apa khabar agaknya kalian
apa khabar agaknya al Qur'an dan hafazan kalian
apa khabar agaknya iman dan amal kalian
apa khabar agaknya perjuangan jihad kalian
Doa dari jauh....
Semoga kalian bahagia
semoga kalian masih teguh dan tegar seperti dulu-untuk al Qur'an dan hafazan mu
semoga kalian tetap cinta pada jalan mencari cinta Ilahi
~~terputus di sini, tiba-tiba idea lari....hihihi~~

tinta normi : rindu sungguh dengan sahabat-sahabat ibarat adik beradik diDQ dulu, terkenang juga - Kata-kata Saidina Umar yang masyhur :
Telah berkata Saidina Umar al-Khattab Radiallahu anhu : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah.
قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : نحن قوم اعزن الله بالاسلام فاذا ابتغينا العزة بغيره اذلنا الله
Telah berkata Saidina Umar al-Khattab Radiallahu anhu : Kita adalah suatu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah.
No comments:
Post a Comment