Followers

Tuesday, November 13, 2012

PETUA MEMBIMBING ANAK SUPAYA MUDAH MENGAJI AL QUR'AN




Kesabaran ibu bapa terhadap kebebalan anak-anak menghafaz huruf-huruf mukaddam memang seringkali teruji. Ketidaksabaran ini juga sering menyebabkan ibu bapa 'hilang pertimbangan'

hingga meninju anak-anak yang gagal menghafaz pada waktu-waktu yang mereka fikirkan sudah sepatutnya mahir. Perbuatan ini harus dielakkan sedaya mungkin dan gunakan kebijaksanaan sendiri sewaktu mengajar dan ingatlah setiap kanak-kanak mempunyai tahap pemahaman dan daya ingat yang berbeza-beza.


1. Pastikan anak belajar membaca al-Quran itu sekitar 15 minit setiap hari. 

2. Tegur anak anda dengan menggunakan isyarat seperti mengerakkan-gerakkan lidi penunding kepada huruf yang salah disebutnya berkali-kali tanpa segera memberitahu sebutan yang betul. Apabila si anak benar-benar tidak dapat menyebutnya, baharulah diterangkan.



3. Anda hanya menggunakan tangan (memukul pada pahanya) apabila huruf yang sama atau sebutan yang sama setelah diterangkan berhari-hari masih juga tidak dapat diingatinya.



4. Jangan mudah memberi pujian jika dia dapat membaca dengan lancar, kecuali bacaannya betul 100%.



5. Memesrakan lagi hubungan dengan gurau senda dan sebagainya jika bacaannya betul.



6. Berikan sesuatu yang menyukakannya dan apabila dia bertanya; "Mengapa ayah atau ibu belikan ini?", jawablah; "Sebab Along pandai mengaji."



nak tahu lanjut tentang E IQRA  klik sini : 

atau 
atau 
sms sahaja (0195394216)


No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^