Followers

Friday, January 11, 2013

MENCARI BERANI KERANA MAHU MENGISI RUANG KOSONG ITU...

Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (berdoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu." -Al-Mu'min: 60


Alhamdulillah...sudah 8 tahun bergelar isteri, 5 tahun lebih menjadi ummi kepada anakanda Muhammad Al Ameen, diikuti Iman Nurul'atifah dan Adib Al Ameen. 4 tahun bergelar guru-dan kini telah meletak jawatan hampir 2 tahun lalu, dan 7 tahun kelas al Qur'an beroperasi di rumah. Namun, di celah-celah kesibukan itu seolah-olah masih ada satu ruang kosong dalam diri saya. 

Ada masanya saya duduk bersendirian mencari apa dan mengapa. Jujur termenung saya seketika dengan tulisan ini :

Telah datang satu soalan kepadaku daripada seorang perempuan melalui Twitter, "Bagaimana untuk aku mendapatkan Allah? Aku pergi ke Makkah, tapi tidak menemuinya. Aku menunaikan solat, tapi tidak menemuiNya, aku membaca Al-Quran, tapi tidak menemuiNya. Jangan memberitahuku lakukan itu dan ini, aku telah lakukan kesemuanya."


Aku berkata kepadanya, "Aku tidak akan menyuruhmu melakukan itu dan ini, tapi aku ingin memberitahumu, bahawa jawapan kepada persoalanmu ini adalah pada soalanmu sendiri. Sebenarnya, apakah yang menggerakkan kamu untuk bertanya soalan ini kepadaku?


Kunci untuk kamu mendapatkan Allah itu ada dalam dirimu. Janganlah kamu mencari Allah di luar dirimu, tapi carilah Allah di dalam hatimu, gunakan aqalmu sebagai bantuan. Allah itu lebih daripada segala-galanya. Allah bukannya jisim yang dapat dirasa. Tiada apapun yang mampu menutupi diriNya, Zatnya Yang Maha Agung. 

Kunci untuk mendapatkan Allah, adalah dengan kamu mencabut SATU PENGHALANG. PENGHALANG itu ada dalam dirimu dan juga dalam diriku. Penghalang itu bernama 'Aku', iaitu EGO. Inilah penghalang yang sebenar. Jadi, jalan sebenar untuk kamu mendapatkan Allah itu, bermula daripada DIRIMU SENDIRI.

Jika kamu benar2 JUJUR untuk mencari Allah, kamu akan mendapatkan Allah. Apabila seseorang itu MENCARI ALLAH di HATInya, maka dia akan mendapatkan Allah di situ.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

“Artinya : Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaff : 16]

[Ada terjemahan bahasa Inggeris]



Lalu, saya gagahkan diri mencari secebis BERANI dalam diri saya. InsyaAllah bemula 19 Januari setiap Sabtu dan Ahad akan ada kelas Al Qur'an & fardhu ain untuk muslimah yang ingin belajar. Saya mahu mengisi ruang kosong dalam diri yang selalu bertanya "Apa yang  aku telah menggunakan sebaik mungkin anugerah Allah kepadaku ini, sebanyak mana kebaikan yang telah aku sebarkan dengan nikmat yang telah Allah berikan kepadaku ini."

Semoga inilah langkah pertama yang sebaik-baiknya untuk mewujudkan AKADEMI AL HUFFAZ suatu hari nanti, seperti yang pernah ayahanda suarakan saat melepaskan saya menjadi isteri kepada suami satu ketika dahulu....

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^