Followers

Friday, September 13, 2013

Cipta Masa Berkualiti Bersama

Teks : Normi Hj. Mat Yusof

Saya menulis dengan rasa insaf dengan tujukan entri ini untuk diri saya sendiri. Untuk mencipta masa berkualiti kita sebenarnya tidaklah hingga perlu berhenti kerja. Bahkan berapa ramai ibu-ibu yang berhenti kerja demi anak-anak akhirnya hanyut dalam dunia sendiri. Jasad kita bersama hati entah ke mana. Kita dengan fb yang tidak pernah berhenti, anak-anak dalam dunia gajet dan televisyen yang tiada noktahnya. Kita berada dalam rumah yang sama, tetapi semuanya saling tidak bercakap sesama sendiri. Tiada komunikasi. 

Sebenarnya mencipta masa berkualiti bersama anak-anak tidak sukar. Anakanda sulung saya contohnya, saya perhatikan dia cukup suka saya bercerita kepadanya. Apa sahaja  kisah, dia pasti akan terpegun dan sangat seronok. Masa untuk becerita itu tidak sampai pun 15 minit. Lebih seronok kita bercerita sambil melukis, kalau kita ceritakan tentang burung yang sombong bolehlah dilukis gambar burung itu. walaupun burung yang kita lukis langsung tiada rupa burung.^_^ Percayalah anak-anak sangat seronok. Seronok sangat. Nak tahu tnada dia seronok? Esok atau langsung tak sampai pun keesokkan hari, dia akan berkata " Ummi, ceritalah lagi." 

Kak Ngah Iman, anak kedua saya perempuan. Dia cukup suka saya menyikat rambutnya sambil memegang dagu. Sambil saya berkata cantiknya anak ummi. Dia akan senyum lebar. Selebar-lebarnya! Mungkin kita boleh susuli dengan cantik memang bagus, tapi lagi bagus kalau kakak cantik dan rajin. Rajin mengaji, rajin tolong kemas mainan. Cuma jangan puji berlebihan anak-anak kita di hadapan orang lain. Biarlah ia hanya menjadi komunikasi berkualiti kita dan anak-anak. Puji bukan untuk menjadikan anak-anak manusia yang gila pujian semata, tetapi puji untuk menjadikan dia lebih yakin diri, lebih positif dan proaktif untuk membuat kebaikan. Lihat bagaimana Rasulullah SAW memuji Fatimah anak kesayangan baginda. Lihat juga bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah SAW, baginda sentiasa memuji mereka.

Masa berkualiti untuk anak ketiga saya Adib Al Ameen sangat mudah. Berada disebelahnya sekadar 10 minit melihatnya bermain dan bertanya soalan mudah agar boleh melatih dia bercakap. Sama-sama menyusun blok, sama-sama ketawa bila blok kayu jatuh, sama-sama menconteng buku. Mudahkan? Tapi sangat indah.



Marilah kita hargai anak-anak dengan bersama mereka penuh kelembutan. Kurangkan marah-marah. Kurangkan cubitan dan pukulan. Masa mereka kecil dan bergantung sepenuhnya kepada kita hanya sekejap sahaja. Lalu, satu masa akan tiba mereka akan ada dunia sendiri, bersekolah, bersama kawan-kawan. 

Akhirnya, seandainya langsung tiada masa cukuplah kita menjaga sebaik-baiknya waktu antara maghrib dan isyak. Kita cipta masa paling berkualiti waktu ini. Mulakan dengan solat berjemaah, suami dan anak lelaki 5 tahun ke atas mungkin di masjid. Ibu di rumah solat bersama anak-anak. Kemudian skeluarga membaca al Qur'an bersama. Masa untuk menegur bacaan al Qur'an Along, mengajar si kakak Iqra. Akhirinya dengan solat Isyak berjemaah bersama-sama.

Undur diri dulu ya.

Berminat nak sertai kelas online asas blog boleh pm saya di sini : https://www.facebook.com/mie.normi.
Nak beli produk pendidikan kanak-kanak E Iqra di sini : http://alhuffaz-produkpendidikankanak-kanak.blogspot.com/
Nak sewa kereta dan homestay di sini : http://kedaihuffaz.blogspot.com/
Long dress/ jubah kanak-kanak di sini :https://www.facebook.com/RawdhatulAthfal
Borong telekung solat di sini : http://alhuffazjualborong.blogspot.com/


No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^