Followers

Thursday, December 19, 2013

Penawar Demam Anak-anak Cara Alami

 Assalamua'laikum.
Seminggu anak-anak demam (Muhammad Al-Ameen & Iman  Nurul'atifah). Bahkan Iman lebih lama sebenarnya. Sejak kami sekeluarga pulang menziarahi ibu dan ayah suami. Bercuti di Sandakan demam Iman kebah seketika, dan kembali demam pada hari sebelum kami bertolak pulang ke rumah. 
10 hari Iman demam paling merisaukan kami suami isteri. Iman pernah terkena sawan dua kali ketika berumur 2 tahun akibat demam terlalu tinggi. Hingga tidak sedarkan diri, kejang dan sudah keluar air dari mulutnya. Hampir 20 minit, baru suhu badan turun. Hanya Allah sahaja sahaja yang tahu berapa banyak air mata saya yang gugur ketika itu. 
Kali ini demamnya agak tinggi dan lama. Hanya terbaring tiada tenaga. Disusuli Abelong hari berikutnya, selepas Iman agak sembuh. Giliran Abelong demam dengan kuat hingga menggigil. Hati ibu, pasti tidak keruan. 
Sejujurnya, walaupun saya sedaya upaya mahu meminimumkan paracetamol kepada anak-anak, namun akibat trauma kejadian Iman yang pernah terkena sawan, saya terpaksa memberi paracetamol kepada anak-anak. Hasilnya, seperti biasa. Apabila 4-5 jam demam kembali dan tubuh anak-anak kembali panas. 
Saya kongsikan beberapa kaedah saya lakukan untuk meredakan demam dan suhu panas badan anak-anak :
  • Membaca Al Fatihah sekurang-kurangnya 3 kali (sebaiknya 7 kali) hembus di ubun-ubun anak.
  • Menjelum kepala dan badan dengan air asam jawa, sambil berdoa.
  • Mandikan anak-anak lebih kerap. (Biarkan saja jika anak menangis kesejukan.)
Ini bersandar kepada hadith Rasulullah saya pernah saya baca,
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)
  • Membaca ruqyah seperti di bawah. Ruqyah ini saya baca di dalam buku terbitan Telaga Biru tulisan Ustaz Dr.Zahazan Mohamed. Ketika Abelong sudah menggigil dan menangis. Cepat-cepat saya bacakan ayat ini ketika menjelum badannya dengan air asam jawa.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”
  • Air kelapa. Ketika demam belum kebah saya melayari intenet dan mencari penawar untuk anak demam. Alhamdulillah, penulis blog (http://www.petuatradisional.com menyatakan berilah anak minum air kelapa sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Air zam-zam. Meyakini bahawa air zam-zam adalah air penawar terhebat yang Allah sediakan untuk hamba-Nya. Saya menelefon suami, meminta dibelikan air zam-zam. 
  • Madu. Madu memang ubat yang turun bersama wahyu ( surah An Nahl : 68-69). Padanya ada manfaat yang sangat luar biasa. Ia mudah dicerna oleh perut. Walaupun perut yang paling sensitif. Ia memberikan tenaga - anak demam biasanya akan lemah tidak berdaya. Dalam masa 7 minit sahaja dia mapu meresap ke dalam darah jika diminum dicampur air suam.  
Kini anak-anak sudah ceria seperti biasa. Sudah bertenaga untuk kembali bergurau dan bergaduh manja sesama mereka. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Dia yang Maha Penyembuh. Allah juga yang sediakan penawar untuk segala penyakit. Kita sebagai hamba disamping berusaha untuk berubat, jangan lupa untuk menadah tangan berdoa. Pada saya, merendah diri memohon kesembuhan daripada-Nya adalah rahsia penawar terhebat!

Hari ini, menekuni buku Allah Doktorku. Buku yang sudah lama berada dalam rak mini library kami. Sudah habis terjual oleh suami saya. (Beberapa naskah je sebenarnya.^_^)




Ops, sebelum undur sekadar mahu memaklumkan pendaftaran kelas online asas blog kelolaan saya mahu terbuka. 

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Tawaran terbaru - Rakan Niaga/Pengurus Online. Berfungsi menjadi pemudah cara untuk memaklumkan dan mempromosi kelas-kelas online, menjual pakej dan service digital saja. Tak perlu keluar rumah, semuanya hanya di atas talian. 



Pilih kelas yang disukai, jika sudah bersedia untuk bermula  atau mahu info lanjut boleh hubungi saya,


email : normiyusof@rocketmail.com

sms / wtsapp : 019.53.94.216

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^