Followers

Wednesday, March 26, 2014

Jalan Dakwah Ini

Teks : Normi Mat Yusof
Foto : Koleksi Peribadi

Bismillah, walhamdulillah.
Berada dalam medan dakwah, memang kena sentiasa bersedia. Tersentak seketika apabila sahabat menelefon bahawa penceramah yang kami undang tertinggal penerbangan. Tiket semua sudah habis, mungkin disebabkan cuti sekolah ramai yang melancong ke Sabah.

Tanpa plan B yang tersedia, kami terpaksa mengatur mesyuarat tergempar pada malamnya. mencari solusi terbaik, kerana pihak surau Nahdatul Ilmiah sudah menaja jamuan untuk 60 orang sasaran penduduk setempat yang bakal hadir esok. 


Maka tidak dapat tidak, saya menjadi salah seorang panel bidan terjun yang hanya mengharap pada skill ceramah yang sudah berhabuk. Kali terakhir hampir 10 tahun lalu dan baru-baru ini dipaksa suami menjadi salah seorang panel "Sweetnya Cinta".

 Alhamdulillah adinda Mimi & Ina cukup mantap untuk sama-sama berkongsi ilmu mereka. Memilih tajuk Palestin Di Mana Peranan kita sedikit sebanyak membantu kami menghadamnya. Terbayang lagi wajah berkerut ibu-ibu apabila melihat anak-anak Palestin diratah tubuh mereka dengan senjata Israel. Terdengar-dengar ucapan Allahukabar bila ada video dan gambar menyayat hati. 



Menyentuh isu Palestin, tanah Gaza, Israel dan Yahudi tidak dapat tidak kita mesti selitkan isu kesyukuran kita sebagai hamba Allah. Negara kita masih aman damai untuk beribadah, untuk bersilaturahim, dan sebagianya.

Dapat juga saya selitkan tentang beruntungnya berada dalam majlis ilmu yang mana ia lebih baik dari 1000 solat sunat. Berpaksi pada ayat : "Sangat sedikit dari hambaKu yang bersyukur." Sesungguhnya Allah memberi kita banyak nikmat, namun ramai dari kita lupa pada Allah Pemberi Nikmat.

Nikmat terdekat : Oksigen
  • Setiap hari bangun dari tidur kita sedut oksigen/udara. Kita akan tarik nafas. Paru-paru akan mula memproses, diserap oleha darah melalui hemoglobin. Dibawa ke jantung untuk dipam ke seluruh badan. Denagn sebab itu, kita boleh angkat tangan untuk bangun dari tidur. Tetapi dengan semua kehebatan iniberapa ramai dari kita membaca :

  • Lalu melakar secebis rasa syukur kerana kita masih dibangkitkan dengan sihat dan bertenaga. Memulakan hari dengan memuji Allah.
  • Tumbuh-tumbuhan yang mendapat karbon dioksida melalui pernafasan keluar kita selalu bertasbih memuja-muji Allah atas nikmat itu. Lalau bagaimana dengan kita?



Nikmat seterusnya : Otak
  • Menjadi seorang isteri kita selalu memikirkan hari ini mahu masak apa? Begitu juga saat bangkit dari tidur. Selalu manusia berfikir, hari ini aku mahu makan apa? Berapa ramai dari kita, saat bangkit dari tidur lantas berfikir, " Ya Allah hari ini aku nak solat Subuh, aku solat pukul berapa Ya Allah?" Berfikir dan memuhasabah diri sekali gus.
  • Otak kita terdiri dari 200 billion sel. Elbert Einstein yang paling bijak di dunia menggunakan 200 juta sel sahaja. Kita? Berapa maksima kta menggunakan otak untuk perkara bermanfaat?
  • Kata Rasulullah SAW orang paling bijak ialah otrang ingat mati. : Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)
  • Otak paling bijak ialah : Paling banyak mengingati mati dan selepas itu memperelokkan amal solehnya!
Masih banyak dalam senarai saya Mata, Telinga dan lain -lain, namun kekangan masa sempat hanya berkongsi dua ini.



Persempahan Qasidah Kumpulan Al Ikhlas. Suara merdu sungguh. Memang hanya muslimat sahaja yang perlu dengar suara semerdu ini. =)

Alhamdulillah, sekalipun terlepas penerbangan Kak In dan rombongan berusaha juga membeli tiket baru. Syukurnya dengan kesungguhan dan kegigihan beliau. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Maka pada petang hari Ahad 23.Mac.2014 jadual kak In bermula dengan Kursus Pengurusan Organisasi untuk kami. 5 petang ia berakhir. Bergegas pulang untuk program malam nanti. Diskusi Hawa di Masjid Al Hilal. Sasarannya jemaah di sana dan penduduk setempat muslimin dan muslimat.


Kak In membuka tirai untuk menjadi muslimat pertama menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Hilal. Malam itu majlis berakhir sekitar jam 8.30 malam selepas jamuan. 







SELAMAT BERANGKAT PULANG
Selamat berangkat pulang kak In dan pengiring. Terima kasih budi yang tabur dan ilmu yang dikongsi, serta pengalaman yang diisi. Terima kasih juga sudi terima kami sebagai "adik angkat" dalam langkah perjuangan ini. 
 



No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^