Followers

Thursday, September 25, 2014

Bisnes Online : Guna Yang Percuma Semaksimanya

Teks : Normi Hj. M.Yusof
Foto : Google

Saya bermula bukan sehari dua. Saya bermula bukan dengan satu produk. Saya bermula bukan dengan satu kaedah. Saya cuba,cuba dan cuba. Saya pernah berniaga kerongsang dari mutiara Sabah, butang baju Melayu dari mutiara Sabah, berniaga pakaian bundle juga pernah. Hingga anak saudara saya pernah berkata : Kenapa Cik Mie jual baju buruk =( . Hingga akhirnya dengan modal diberikan suami saya mulakan bisnes baju muslimah kanak-kanak. Selepas beberapa fasa berdoa dan mohon pada Allah apa yang sebenarnya sesuai untuk saya. 

Kini saya masih sayangkan bisnes pakaian kanak-kanak saya,(singgah blog http://bajumuslimahkanakkanak.blogspot.com/) tapi saya kembangkan lagi dengan minat saya pada dunia makanan sunnah. produk makanan dengan kaedah dropship pula. Menjadi Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah seolah-olah terbuka luas ruang untuk saya mencapai hajat kedua - membantu para suri yang mahu mula berbisnes online. Sungguh, hampir setahun menjadi Guru Online akhirnya saya tahu betapa ramainya para suri samada yang sepenuh masa di rumah seperti saya atau yang bekerja di pejabat mahukan tunjuk ajar asas berniaga secara online.


Nasihat pertama saya, gukan semua kaedah PERCUMA semaksimanya. Apa yang percuma itu? BLOG, FB PERSENDIRIAN dan FANPAGE. Mahirkan diri dengan 3 kaedah ini dulu, baru kita mulakan dengan website berbayar, atau FB Ads yang ada yuran iklannya.
Saya lebih suka menggunakan kaedah percuma dengan semaksima mungkin untuk bisnes saya. 

Kalian mahu mula bisnes secara online? Boleh pilih  dropship ABDR jika belum ada produk sendiri. Antara kelas yang kami tawarkan :
1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
2. Kelas Asas Blog, Fanpage, Mula Bisnes Online
-Produk sendiri
-Produk dropship ABDR
3. Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif
4. Kelas Beriklan Mudah.My
5. Kelas Asas Wordpress
6. Kelas Penulisan Ebook Pertama
7.Kelas Akaun
i. Kelas Akaun Online
ii. Kelas Akaun Kumpulan Kecil (4 hingga 6)
iii. Seminar/ Bengkel Akaun (15 hingga 30)

PM saya Mie Normi untuk daftar mana-mana kelas

1 comment:

Monalita Mansor said...

terima kasih cikgu. sangat memberi inspirasi.

KAMI ^_^

KAMI ^_^