Followers

Friday, September 11, 2009

MENJENGUK KASIH ALLAH DIPENGHUJUNG RAMADHAN INI


Melangkah ke 1/3 yang terakhir Ramadhan. Andai diselusuri bacaan imam Mekah(TV9) dan Madinah(Astro Oasis), di hujung solat terawikh mereka ada kesayuan yang kadang-kadang diselangi tangisan, terutama dalam doa qunut mereka.

Hebatnya kuasa DOA. Ketika menuntut di Darul Qur'an, saya dikelilingi sahabat-sahabat yang saya perhatikan mereka cemerlang dalam pelajaran dan hafazan al Quran kerana amat menjaga hubungan dengan Allah dan bersungguh-sungguh berdoa. Mereka akrab dengan Allah, akrab sebagai SI HAMBA YANG PENUH LUMUT-LUMUT DOSA dengan AL-KHOLIQ YANG MAHA SUCI DARI SEGALA KELEMAHAN, DIA JUGA MAHA HEBAT SIFAT BELASNYA.

Justeru, ayuh kita sama-sama menjenguk kasih Ar Rahman dihujung Ramadhan ini. Kita ada banyak hajat dan keinginan, kita ada banyak dosa yang hitam pekat lumpurnya, kita ada kesedihan yang ingin dikongsi sengsaranya, kita ada kisah-kisah hitam yang ingin dikongsi penyesalannya....bahkan yang lebih penting kita bernafas dalam jiwa hamba yang perlu disyukuri nikmatnya.....



Tinta normi : "Kata Imam Syafie, AKU BERJAGA SETIAP MALAM KETIKA ORANG LAIN LELAP TIDUR, MAKA AKAN SAMAKAH DARJATKU DENGAN MEREKA SESUDAH ITU?"

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^