Followers

Thursday, September 17, 2009

TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA - YANG DIRINDUI

Sempat saya cilok gambar dari blog kakchik, melihat gambar-gambar tu terasa sangat rindu suasananya.....walaupun tak sempat merasa hangatnya suasana Ramadhan di sana, dapat balik raya pun dah ok.....

Rindu pada Kelate, rindu lagi pada ma ayah dan adik-adik.



Suasana solat terawikh.....teringat zaman sekolah dulu-dulu...ayah selalu bawa saya dan kakak ke masjid yang diimamkan oleh para hafiz Al Quran. Itupun jika tempat ayah sebagai imam digantikan oleh orang lain. Bacaan yang indah dan merdu hingga menusuk hati serta mengundang airmata. Hinggakan saya selalu berangan dan berdoa Allah anugerahkan saya suami yang hafaz Al Quran, alhamdulillah....doa dan harapan itu jadi kenyataan. Walaupun bacaan suami saya tak semerdu Syeikh Masyari, tapi sudah sangat merdu di telinga saya....dan menjadi pujaan hati saya.kikikiki,tak gitu abang?!!



Tak sabar menjengah bumi Kelantan, hampir setahun tak balik. Lagi tak sabar bila sahabat-sahabat di DQ bersepakat nak serang rumah saya raya ke 3 nanti.....

Malam ni malam terakhir berterawikh.... Ya Allah, sempatkah kami denagn kami dengan Ramadhan seterusnya?

1 comment:

Adnazthie said...

Sedihnya meninggalkan Ramadhan kerana pintu doa dan taubat yang terbuka seluasnya akan....Semoga bertemu Ramadhan yang akan datang dan semoga Aidilfitri disambut dengan penuh keinsafan, Maaf Zahir Batin

KAMI ^_^

KAMI ^_^