Followers

Tuesday, September 14, 2010

Laungan ”Allahuakbar” iringi pemasyhuran Sultan

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

BERITA YANG SAYA PETIK DARI

Oleh Hasnan Yahya


KOTA BHARU, 13.Sept - Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini dimasyhurkan menjadi sultan baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra setelah mendapat keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Perajaan Negeri yang diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan(SUK) pagi tadi.

Pengistiharan baginda disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar jam 12.30 tengahari..

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz membaca Pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru

Ia dimasyurkan dihadapan Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Orang-Orang Kenamaan, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat, Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan ucapan berkata padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi
Nik Abdul Aziz juga ketika mengakhiri pemasyhuran tersebut melaungkan takbir “ Allahuakbar “ sebanyak tiga kali dan diikuti oleh semua yang hadir.

Tengku Bendahara Kelantan dan Pengerusi MPN turut hadir
Perlantikan adalah berdasarkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di majlis santapan diraja yang diadakan di Istana Negeri pula melahirkan rasa berterima kasih dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut dan diharapkan segala kemelut yang berlarutan akan terhenti.

“Saya ingin mengajak rakyat negeri ini mendoakan kebawah Duli Tuanku agar dapat memayungi rakyat dengan sempurna dan ibarat kata rumah sudah siap, pahat tak perlu lagi berbunyi di sana sini”katanya.”.

Sultan Kelantan berangkat pulang setelah hadiri majlis santapan tengahari bersama pembesar negeri

Sementara itu menurut Setiausaha Majlis Perajaan Negeri(MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias di sidang media di Istana Negeri petang ini menjelaskan perlantikan Tengku Muhammad Faris Petra menjadi raja yang memerintah, menaiki takhta dan kerajaan Kelantan dan jajahan takluknya adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang berasaskan peruntukkan Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan( Bahagian Yang kedua yang menyatakan:- “ Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat


TINTA NORMI : Alhamdulillah, semoga Tuanku mentadbir Tanah Serendah Sekebun Bunga ini dengan lebih baik.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^