Followers

Friday, October 19, 2012

E-IQRA' : PELABURAN PALING BAIK UNTUK BELAJAR AL QUR'AN & TAJWID

Alhamdulillah, tahun ini sudah masuk tahun ke 7 saya dan suami mengadakan kelas Al Qur'an di rumah. Kelas Al Qur'an yang bermula dengan 2 orang anak buah sahabat suami. Sekadar memenuhi masa terluang kami suami isteri yang masih bergelar pengantin baru ^_^. Niat di hati tidak mahu jauh dengan al Qur'an dan mahu terus-terusan dekat mengajarkan kalamullah ini. Bukankah majlis ilmu dan lebih-lebih lagi majlis bacaan Al Qur'an ada malaikat mengiringi dan mendoakan? 

Syukur pada Allah dari berdua, bertiga dan kini berlima -MUHAMMAD AL-AMEEN, IMAN NURUL'ATIFAH, ADIB AL AMEEN- kelas ini masih subur dan bertambah bilangan murid hingga mencecah 60 orang.

Namun, berhadapan dengan murid yang lemah dan adakalanya termasuk dalam kategori sangat lemah....menjadikan saya seorang guru yang insaf. Perkara pertama yang saya tanya, APA YANG AWAK MAKAN? Makanan segera banyak? Ya. Jajan hari-hari makan? Ya. Air gas/berkarbonat selalu minum? Ya. 
Lalu, hati saya mengeluh Allah.... Bantulah anak ini Ya Allah.

Wahai bonda, wahai ayahanda..pelihara makan minum anakanda buah hati kita. Sumbernya yang halal itulah yang paling kita selidiki. 

Sebelum noktah akhir, teruja sungguh saya mahu memperkenalkan E-IQRA ini. Info lanjut klik : http://kedaihuffaz.blogspot.com/


Ia satu teknik pembeljaran warna warni sama sepert belajar www.starfall.com ia seperti itu. Cuma manfaatnya adalah anak-anak mendapat pendedahan lebih awal mudah belajar quran dan tajwid, ada soalan dan kaedah jawab yang seronok, bergambar dan warn warni.


Jumpa lagi ya...dengan izin Allah.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^