Followers

Saturday, October 6, 2012

ANAKANDA IMAN DAN PEN PINTAR MYIMAN & E-IQRA

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG.

ALHAMDULILLAH...anakanda Iman Nurul'atifah sama seperti Abelong Ameen juga, sangat suka membaca. Terutamanya membaca IQRA atau Al qur'an [Al qur'an sampai berebut dengan saya....^_^] Semoga anak-anak menyintai buku, ilmu dan lebih lebih lagi Al Qur'an hingga akhir hayat mereka. Ini doa ummi sayang....

Mahu anak mencintai buku, mencintai ilmu dan mencintai Al qur'an bermula dengan kita dan suasana di rumah kita.  Syukur pada Allah kerana meletakkan minat saya pada membaca - selain English deko, pink-pink kaler..heh heh ^_^. Sambil menyusu anak saya membaca, sambil menonton tv saya pegang buku walaupun tak baca, hihi. Minat itu juga sudah berjangkit pada suami yang banyak menaja buku-buku bacaan saya. 

Prinsip saya mudah, saya mahu rumah saya sejuk dengan  bacaan Al qur'an dan hangat dengan suasana majlis ilmu.

Kini sudah hampir 7 tahun kami suami isteri adakan kelas Al qur'an di rumah menjangkau 60orang murid - termasuk seorang dewasa. Syukur sungguh pada Allah kerana suasana pembelajaran al qur'an inilah yang mencorak anak-anak saya mencintai al Qur'an. 




E-IQRA, pada pendapat saya ini antara set belajar Al Qur'an yang patut ada di setiap rumah...


PEN PINTAR MYIMAN bagus sangat. Anak akan suka membaca sewal usia 2 tahun.



No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^