Followers

Thursday, July 11, 2013

RAMADHAN 1434 - MOMENTUM POSITIF


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Ramadhan memang bulan penuh barokah. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat besar ini. Segala puji bagi Allah juga kerana di bulan Ramadhan ini saya kembali bersemangat dan berkeyakinan untuk menulis. Menulis adalah dunia saya, saya sangat suka menulis. Cuma sejak sibuk dengan dunia perniagaan alam maya saya seolah-olah berlari tidak cukup kaki! Jujurnya, itu mungkin cuma alasan. Kalau benar-benar suka dan minat kita pasti bersungguh-sungguh mencari masa untuk menulis bukan?


Saya menjadi "blogger" sejak Januari 2009. Hampir 5 tahun. Kemudian dengan keyakinan suam-suam kuku saya mula membuka blog kedua untuk bisnes online. Masih wujud kedaihuffaz kesayangan saya sampai hari ini. Syukur. 

Kemuncak dalam hidup saya,apabila saya mengumpul segenap kekuatan untuk meletak jawatan sebagai guru di sebuah sekolah swasta. Saya pasti, semua ibu di luar sana pasti menyimpan impian untuk mendidik sendiri anak-anak. Kita mahu anak-anak dididik dengan acuan  kita sendiri, tanpa perlu diswastakan kepada sesiapa. Atas sebab itulah...bersama doa restu suami saya merealisasikan status "Ibu bekerja dari rumah - Working at home mother" 

Bergelar WORKING AT HOME MOTHER..bukan satu title yang pernah saya bermimpi untuknya. Bukan juga cita-cita sewaktu remaja, namun inilah tekad saya sejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Sepenuhnya berada di rumah, dan saya bahagia dengannya. 

Undur diri dulu.



Buku Jana RM Dari Rumah buku pertama yang saya baca berkaitan bekerja di rumah. Buku yang membuka minda saya juga sebenarnya. Alhamdulillah, masih elok tersimpan dengan sedikit tandatangan anak-anak ^_^



Promosi sehingga 30 Julai 2013.
Harga asal : RM125
Harga promo: RM100
Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah
(Nak miliki buku ini? Boleh pm saya di fb. Saya akan bantu tuan/puan memilikinya.InsyaAllah)



No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^