Followers

Monday, July 22, 2013

NILAI 5 RINGGIT DI SISI ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sungguh saya sangat tersentuh mendengar kisah yang suami ceritakan kepada saya ini. Pagi semalam (Sabtu 20.07.2013)  seusai bersahur dan solat Subuh, sayup saya terdengar suara lantang dan bersemangat  suami memberi tazkirah/kuliah Subuh di masjid berdekatan, bertajuk Infak/sedekah.

Balik sahaja dari masjid, suami bercerita seorang jemaah menemuinya dan menyatakan beliau sangat berminat untuk bersedekah. Tapi cuma 5 ringgit katanya. Jujur, dia kami tahu bukan dari kalangan yang berduit/berada. 

Hari yang sama, waktu Zuhur jemaah masjid ini menemui suami saya dah menyerahkan wang infaknya sekita RM100 lebih yang dia kumpulkan dari RM5 ahli keluarganya! Allah...hati saya benar-benar tersentuh dan insaf. Nilai yang kecil mungkin untuk kita - RM5 nilai sebungkus nasi atau dua botol air berkarbonat. Mungkin juga wang belanja separuh hari untuk anak kita. Namun nilai harga sedekah yang ikhlas dengan RM5 itu hanya Allah yang Maha Tahu.

Alhamdulillah wang itu sudah suami saya serah kepada Sekolah Tahfiz : https://www.facebook.com/ppiantahfiz (mohon klik & like). Saya dari hati yang paling dalam mendoakan mereka sekeluarga berubah kepada hidup yang lebih baik dari sudut amalan agama, kewangan dan anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh.

Seketika saya termenung...di mana duduk nilai saya di sisi Allah?
Ya Allah, ampuni dan rahmati bonda dan ayahandaku serta suamiku.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^