Teks : Normi Hj Mat yusof
Gambar : Google/fb
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Rakyat Mesir masih diburu kejahatan Kudeta Mesir yang seolah-olah dahaga benar dengan darah, bahkan ibaratnya hati mereka langsung tidak pernah tumbuh perasaan sayang dan kasih!
Di Syria juga begitu, pemimpin yang takut benar hilang kuasa pemerintahan sanggup menyembelih rakyat sendiri bahkan anak-anak kecil pun dibaham sama.
Di laman sosial (fb) ketika ini, antara yang paling popular adalah gambar-gambar senyuman para syuhada tak kira lelaki atau perempuan. Diikuti nota-nota kaki betapa mulus kudusnya wajah mereka itu. Bahkan kita pastinya masih ingat gambar seorang siak di sebuah masjid yang meninggal dunia dalam keadaan sujud. Lalu, berpuluh-puluh komentar muncul bertanya apa amalan beliau hingga mati dalam keadaan mulia sebegitu? (Kita doakan insyaAllah)
Lalu, semua itu mengingatkan saya kepada hakikat sebuah kematian. Betapa guru saya pernah menulis, kiamat yang paling dekat dengan kita adalah KEMATIAN!
Namun, pernahkah kita terfikir mengingati bahawa kita bisa disapa kematian bila-bila masa sahaja, adalah salah satu rahsia motivasi untuk menjadi insan cemerlang yang terhebat? Kenapa tidak?Jika kita bersungguh-sungguh ingatkan mati, pasti kita tidak akan bertangguh untuk melakukan sesuatu. Pasti kita akan melakukan dengan cara paling baik, paling cemerlang, paling indah sentuhannya. Tugasan yang patut diselasaikan hari ini, akan diselasaikan hari ini. Mana boleh tangguh, kalau mati esok bagaimana?
Membaca mukaddimah buku tulisan Pahrol Mohamad Juoi juga ada menyelitkan betapa dengan ingat mati dengan bersungguh-sungguh, nilai dan mutu kerja kita akan meningkat.
Mari teman-teman kita jadikan ingat mati sebagai momentum positif untuk lebih baik dari semalam. Jika semalam kita ibu yang garang, tegas tidak beralas - mari bersama perbaiki diri menjadi ibu syurga dunia untuk anak-anak. InsyaAllah.Jika sebelum ini kita insan suka bertangguh dan bernanti-nanti - mari kita jadikan moto : Lakukan Sekarang Dengan Cemerlang sebagai pegangan. Jika kelmarin - kita berhasrat mahu lebih baik ekonomi, lebih stabil pendapatan dan mahu jana pendapat dari rumah, tapi masih NANTI DULU, marilah bersama-sama kami hari ini.
Sertai keluarga besar kami, AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH :
Kelas-kelas secara online yang ditawarkan :
i. Asas blog dan penulisan
ii. Asas blog dan fan page
(bisnes)
Khusus untuk surirumah yang
baru belajar untuk urusniaga online. Jika ada produk, boleh guna produk
sendiri. Jika tidak ada produk kami sediakan produk.
Dalam kelas asas ini,
kami membantu untuk menyediakan tapak jualan, mencari pelanggan asas. Belajar
untuk dapatkan pelanggan pertama, jualan pertama. Bagi yang sudah mahir, boleh
mula belajar dan hadir seminar pemasaran dari pakar-pakar pemasaran yang lain.
3. Pendaftaran masih dibuka untuk dua kelas berikut.
Sms saya 019 53 94 216 untuk info lanjut yuran pendaftaran. PM melalui fb juga dialu-alukan.
No comments:
Post a Comment