بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Itu jawapan bila ada yang bertanya, macam mana saya boleh mengumpul sumbangan untuk anak yatim, boleh pula membuat orang percaya untuk memasukkan sejumlah wang sedekah dan infak.
Membina kepercayaan orang bukan kerja sehari dua. Kita hanya jujur dan ikhlas menjalankan apa sahaja urusan (jualan,mohon sumbangan dan sebagainya), urusan menggerakkan hati manusia untuk memberi respon positif itu adalah urusan Allah.
Tips untuk sahabat yang berminat untuk berniaga online terutamanya di blog/website atau fb, paling utama gunakanlah gambar sendiri untuk memperkenalkan diri. Gambar sendiri sebagai "profile picture". Kemudian tulis hanya yang baik-baik dan positif sahaja. Elakkan menulis/meluahkan rasa marah atau geram kita - semua itu luahkan simpan sahaja dalam diari sendiri. Kongsikan perkara yang bermanfaat sahaja. Jangan sesekali bermain game online yang membuatkan orang merasa kita suka membuang masa. Sejujurnya, jika kita benar-benar fokus untuk berjaya, kita tidak akan langsung punya masa untuk beriadhah secara bermain game online.
Itu sedikit tips ya. InsyaAllah saya akan kongsikan lagi di lain masa. Entri seterusnya saya akan tulis tentang F.O.K.U.S pula.
Sahabat-sahabat berminat nak berniaga online tak? Bolehlah sms saya untuk info lanjut. 019 53 94 216. Boleh juga ziarah fb saya dan pm saya secara personal. Sungguh saya bahagia untuk membantu.
Boleh juga mula dengan membeli salah satu pakej di bawah, dengan percuma buku yang sangat bermanfaat MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.
No comments:
Post a Comment