بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Infak, Sedekah, Zakat memang pembersih dosa, pembersih harta. Bahkan ia juga salah satu lorong untuk tips murah rezeki dan kejayaan dalam sesuatu gerak kerja/perniagaan.
Allahu Allah, saya masih menerima mesej ada yang memasukkan sumbangan ke akaun saya untuk infak telekung solat kepada anak yatim & miskin yang saya war-warkan baru-baru ini. Secara jujurnya, saya telah tutup sumbangan untuk itu. Majlis sudah berlangsung 27.Julai.2013 yang lalu. Untuk mereka saya berikan dua pilihan :
1) Saya akan pulang semula wang mereka.
2) Saya akan salurkan sumbangan itu ke Surau Kg Kerasak(Kelantan).
Surau ini ayah saya menjadi salah seoarang imamnya. Ia memang sangat memerlukan sumbangan orang ramai untuk proses baik pulih dan sedikit pembinaan baru. Penduduk berekatan surau ini kebanyakkannya bekerja sendiri, dan agak susah. Akaun Bank Islam Surau Kg Kerasak : 03018021481208.
Saya dalam usaha untuk mendapatkan gambar surau.
Pembaca yang dikasihi Allah,
Saya banyak mendengar dan membaca kisah kejayaan ahli perniagaan atau para motivasi, salah satu rahsia kejayaan mereka ialah banyak menyebarkan kebaikkan. Banyak bersedekah atau infak dan tidak "lari" membayar zakat adalah antara rahsia mereka. Allah Maha Pemurah dan Dia pasti sangat mengasihi orang-orang yang pemurah. Bila Allah sudah kasih pasti mudah sahaja hajat,impian dan doa kita diterima.
Apa yang saya belajar dari sifat para dermawan ini, mereka cukup yakin dengan segala rezeki adalah dari Allah. Jujurnya saya cukup insaf, saya sedang mendidik diri dan bermujahadah utuk menjadi manusia pemurah.
Puan Masayu Ahmad mentor saya menulis :
Mudahnya menjemput rezeki, memang luar biasa buku ini. Saya khatam banyak kali, 20 buah lagi di tangan, saya mahu bagi percuma sahaja. Antara baris ayat yang saya ingat dan terpahat. Allah satu-satunya sumber pemberi rezeki, yakin dengan rezeki Allah. Jika mahu mudah dapatkan rezeki, ikut sahaja apa yang diperintahkan. Mudah bukan. Mahu tahu apa yang diperintahkan dan buat sahaja. Salah satu yang utama, jaga solat lima waktu, jaga solat lima waktu, jaga solat lima waktu.
Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia: Maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan).
m/s 56
Nah surirumah sekalian, buka mata. Cari peluang dan berusahalah, bertawakal dan bersedia dengan rezeki Allah dari mana-mana ruang sekalipun. Peringatan khusus untuk diri saya sendiri.
Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia: Maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan).
m/s 56
Nah surirumah sekalian, buka mata. Cari peluang dan berusahalah, bertawakal dan bersedia dengan rezeki Allah dari mana-mana ruang sekalipun. Peringatan khusus untuk diri saya sendiri.
Justeru sahabat sekalian, sebarkanlah kebaikan kerana semua kebaikan adalah sedekah. Teringat satu tips untuk kita menabung dan menyimpan wang, kalau hari ini kita menyimpan RM1 esok kita gandakan kepada RM1.50 atau RM2. Bermakna sudah ada peningkatan di situ. Saya sekadar ingin menambah, kita simpan hari ini RM1, sedekah RM.50. Esok kita simpan RM1.50 dan sedekah RM1. Alhamdulillah, kita sudah berada dalam kategori hari ini lebih baik dari semalam, Insyaallah.^_^
Undur diri, sgala yang baik dari Allah jua.
No comments:
Post a Comment