Followers

Saturday, September 28, 2013

Di mana duduk nilaiku di sisi Mu Ilahi?

Saya suka berpuisi. Suka sungguh-sungguh. Hinggakan, dulu masa belajar buku-buku saya penuh dengan sajak. Bagi saya,ia bukanlah sajak ia sebenarnya luahkan hati kerana saya menulis hanya pa yang terbuku di hati. Saat saya sedih dan gusar, betapa sukarnya mahu khatamkan hafazan al Qur'an saya menulis doa pada Allah. Ketika saya mahu bangkit berjaya seperti sahabat-sahabat saya lain saya menulis. Ketika gembira, ketika takut dan risau. Ketika gelabah. Ketika rindu! 

Setahu saya selain Imam Syafie Rahimahullah, Imam Ahmad bin Hanbal juga suka berpuisi dan menulis sajak. Membaca puisi Imam Ahmad ini seolah-olah separuh jiwa saya hilang. Di mana duduk nilaiku di sisi Mu Ilahi? Sejujurnya saya sangat insaf. 
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya ”Seperti apa? Contohnya?” lalu muridnya mendendangkan syair ini. Selesai dua rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.
Jika Tuhanku bertanya padaku..
"Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa dari makhluk-Ku
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa."

Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yg malang?
dan siapalah yg dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
dari semasa ke semasa.
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yg akan berlaku selepas aku dikafankan.
Seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hidup selamanya..

Seakan mati tidak akan menemuiku.
Dan telah datang kepadaku sakaratul maut yg ngeri.
Nah! Siapa yg mampu melindungiku?

Aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yg akan menebusku?

Akan ku disoal,
"Apa yg telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?"

Maka bagaimana akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! 
Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yg menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yg telah diberitakan dalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari Ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut menyeru dan menjemputku?

Maka ya Rabb! Seorang hamba datang dan bertaubat
Siapa yg dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan yg Maha Luas PengampunanNya dan
yg membimbingku pada kebenaran..

Aku telah datang pada Mu, maka
kasihanilah daku dan beratkan timbangan kebaikan ku..
Dan ringankan (percepatkan) hisabku 
kerana Engkaulah yg terbaik dalam penghisaban.


terjemahan oleh : Mujahid Nordin


*****************************************************************************
Esok bakal berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Daerah Putatan. kami sasarkan 40 oarang peserta namun yang mendaftar 60 oarang! Esok kita tengok ya, 60 yang mendaftar betul bersemangat untuk belajar atau tidak. InsyaAllah panjang umur saya kongsikan tentang program itu ya.

>>Mahu belajar Asas Blog dab Fanpage? Boleh pm di FB saya ya.  
https://www.facebook.com/messages/mie.normi

>>Mahu melancong ke Sabah? Tercari-cari kereta sewa dan homestay? 

>>Mahu mula berniaga dan tercari-cari pembekal? Saya bantu bekalkan produk.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^