Followers

Wednesday, October 2, 2013

2 Perkara MESTI Diberi Kepada Anak Setiap Hari.

Pertama : PENGHARGAAN 

Kedua : CONTOH YANG BAIK

 Sebentar tadi, ketika memandu, sambil mendengar radio Ikim bersama Prof. Muhaya. Prof. Muhaya ada berkongsi antara perkara penting yang MESTI kita berikan setiap hari kepada anak-anak ialah penghargaan dan contoh yang baik. 
Hati saya meronta-ronta untuk berkongsi apa yang pernah saya baca. Sampai di rumah, terus berada depan komputer! Fuh, semangat sungguh.


Bila mahu beri ganjaran atau penghargaan kepada anak? Khususnya ada dua situasi utama. 
Pertama : Memberi penghargaan atau ganjaran kepada setiap perkara baik atau positif yang dilakukan oleh anak kita.

 Kedua : Memberi penghargaan atau ganjaran setiap kali anak kita TIDAK melakukan perkara negatif atau tidak baik, walaupun mereka berpeluang untuk berbuat demikian.


Ha, bagaimana pula ganjaran atau penghargaan yang boleh kita berikan kepada anak-anak? Suka sungguh untuk saya berkongsi dengan semua ibu-ibu dan bapa-bapa yang baik sekalian,
  • Beri perhatian. Lebihkan sedikit perhatian tanda penghargaan kita suka dia melakukan perkara positif.
  •  Beri penghormatan, pengiktirafan. 
  • Puji dan beri kata-kata perangsang kepadanya.
  • Sebut-sebut perkara baik yang dilakukan oleh anak. (contoh : Ummi suka Along tolong angkat kain di ampaian tadi.) 
  • Ucap terima kasih. Didik juga anak-anak untuk selalu mengucapkan terima kasih kepada orng yang membuat kebaikan kepadanya.
  • Tunjuk kasih sayang samada dengan perbuatan atau perkataan.
  • Beri hadiah, tetapi tidak perlu terlalu kerap.
  • Bawa anak bersiar-siar dengan memberitahu ini aadalah penghargaan kerana perkara baik atau positif yang dia lakukan.



**********************************************

>>Mahu belajar Asas Blog dab Fanpage? Boleh pm di FB saya ya.  
 https://www.facebook.com/messages/mie.normi

>>Mahu melancong ke Sabah? Tercari-cari kereta sewa dan homestay? 

>>Mahu mula berniaga dan tercari-cari pembekal? Saya bantu bekalkan produk.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^