Followers

Sunday, December 29, 2013

Sarapan Dengan Makanan Terbaik : Persediaan Buka Sekolah

Alhamdulillah, anak-anak bakal menjengah alam persekolahan kembali. Kali ini kami suami isteri teruja apabila anakanda sulung bakal ke darjah satu. Alhamdulillah temuduga sebelum cuti sekolah tempoh hari, Muhammad Al Ameen salah seorang yang layak. Doanya ini yang terbaik buat anakanda Muhammad Al Ameen. Pusat Pengajian Islam An Nur - Tahfiz - ini bekal terbaik yang ummi abi berikan untuk menghadapi zaman penuh fitnah nanti.

Saya sangat yakin makanan sebutan al Qur'an atau lebih dikenali dengan makanan sunnah adalah sarapan terbaik buat anak-anak. Saya kongsikan antara persediaan awal kami suami  isteri untuk anak-anak.

AIR ZAM ZAM
Alhamdulillah, baru-baru ini suami telah membeli sebotol besar air zam-zam untuk anak-anak, dan untuk ummi juga katanya.Pesan suami bila minun niatkan untuk kesihatan Mie dan untuk anak dalam kandungan ( saya sudah masuk 4 bulan mengandung anak ke 4. Alhamdulillah.)

Air zam zam air terbaik. Pasti sahabat semua sudah membaca artikel berkaitan kajian terhadap air zam zam. Molekulnya yang berbentuk dan bersinar bak berlian berkilauan. Air yang Allah sendiri menapisnya melalui batu-batu di dalam telaga zam  zam. Air yang tidak pernah kering sejak Nabi Ismail as masih bayi! Ia memenuhi keperluan 20 juta umat Islam yang berkunjung ke Mekah setiap tahun. Air zam zam padanya ada kalsium, kalium dan magnesium.









KISMIS
Rasanya tidak perlu saya menulis tentang kelebihan dan manfaat kismis. Semua sudah maklum. Paling ketara untuk anak-anak - kismis adalah agen pelawas terbaik! ^_^ Anak-anak saya sebakul kismis pun insyaAllah boleh habis sekelip mata sahaja. 
Jadikanlah kismis "makanan segera" penuh khasiat untuk anak-anak.

Sedikit tentang kismis : 
Tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.


Salah satu manfaat kismis yang menarik adalah ia baik untuk kecerdasan minda. Kismis mengandungi kandungan mineral surih bernama boron yang merupakan mineral penting untuk fungsi otak yang baik. Boron mampu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori. Selain itu, boron juga membantu menggalakkan fungsi mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Sumber : http://www.anugerahquran.com/blog/8-manfaat-kismis-yang-baik-untuk-kesihatan-anda/

MADU

Kak Ngah Iman memang penggemar madu. Abelong Ameen tidaklah suka sangat, tapi tiada masalah jika disuruh minum madu, namun mesti cepat-cepat minum air. Adib Al Ameen lah yang paling sukar. Dia akan ludahkan kembali. Mungkin lepas ini saya akan cuba campurkan madu dalam air zam-zam.

Madu penawar sebutan Allah dalam Al Qur'an.
 ayat 68-69
وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

KURMA 

Kurma bukanlah kegemaran anak-anak. Mungkin tahap memaksa anak-anak makan. Saya insyaAllah sedaya mungkin usahakan sekuarang-kurangnya sebiji anak-anak akan makan kurma. Sebaiknya ketika sarapan mereka. Ia makanan penguat memori.


Baca lanjut di sini ya.
http://penpatah.blogspot.com/2012/09/7-khasiat-kurma-yang-mungkin-anda-tidak.html


InsyaAllah senarai pendek ini bakal bertambah dengan Omega 3. Alhamdulillah, sudah maklum khasiat minyak ikan untuk kanak-kanak namun masih tercari-cari produk keluaran mana yang paling baik. 

Saya doakan yang terbaik-baik buat anak-anak kita semua. Kita bukan sahaja mahu mereka bijak pandai dan cerdik. Bahkan lebih penting mahu mereka terdidik akhlak dan syakhsiyah. Mahu mereka menjadi soleh dan bijaksana. Dikasihi Allah dirindui Rasulullah SAW, lantas menjadi sebutan dalam doa penduduk langit dan bumi. MasyaAllah, jika kita bisa melahirkan generasi begini bahagia kita bukan hanya di dunia insyaAllah berpanjangan ke akhirat sana. 


No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^