Teks : Normi Yusof
Foto : Koleksi Peribadi
Bismillah, walhamdulillah.
Pagi yang indah barokah. Seawal jam 6.10 pagi anakanda Muhammad Al-Ameen sudah ke sekolah bersama abi. 6.30 pagi sesi sekolah Abelong sudah bermula. Saya masih menyusun jadual dan membiasakan diri agar pagi hari saya produktif dan aktif. Alhamdulillah, 2 hari permulaan ini tidak lemau dan saya memang mendidik diri tidak tidur pagi, walaupun masih ada lebih kurang 2 jam sebelum menghantar kak ngah ke Pasti Al Fathonah.
Abelong gembira sangat pulang dari sekolah semalam. Asyik cakap, "Along dah besar." Semangat bercerita tentang Cikgu Ramlah, tentang apa yang Along makan di sekolah, tentang Amar, tentang Abang Hafiz yang bawa duit banyak ke sekolah. Along ke tandas seorang diri, tiada siapa teman. Kami sangat teruja mendengar.

Sementara menanti saya menyiapkan makan makan, abelong, kak ngah dan adik Adib tak berhenti bergurau senda. Ketawa. Dua adik-adik sama-sama membuli Along. Tarik baju Along, panjat badan Along. Saya melihat betapa rindunya adik-adik pada Alongnya. Maklumlah, biasa main bersama dari pagi membawa ke malam. Tapi bermula semalam, Along di sekolah bermula 6.30 pagi hingga 4.30 petang. Semalam hujan, jalan sesak hampir pukul 7 baru Along sampai di rumah. Namun, insyaAllah jika hari tidak hujan pukul 5 Along sudah berada di rumah bersama abi. Kak Ngah pulang dari Pasti asyik bertanya pukul berapa Along balik.
Alhamdulillah, doa ummi ini yang terbaik buatmu sayang. Ummi dan abi mahu bekalkan along dan semua anak-anak ummi dengan Al Qur'an penuh di dada. Mahu anak-anak biasa dengan sunnah Rasulullah SAW bacaan ma'thurat, hafazan Al Qur'an. solat sunat dhuha, makan berjemaah di dalam talam, tidur qulailah (satu sunnah yang jarang dibiasakan sekarang), solat berjemaah dan sebagainya. Tanpa melepaskan kepentingan pengajian akademik.
Ada yang bertanya macam mahu masuk ke sekolah Abelong. Ada sessi temuduga. Ada beberapa ujian seperti ujian bacaan Al Qur'an, ujian Bahasa Melayu, Bahsa Inggeris, Jawi dan Matematik. Namun yang sangat diambil berat oleh Ahli Lembaga Sekolah ialah kemampuan bacaan Al Qur'an.
Boleh singgah ke laman sosial Pusat Pendidikan An Nur Tahfiz :
https://www.facebook.com/ppiantahfiz
https://www.facebook.com/ppiantahfiz
----------------------------------
Tawaran untuk menjadi rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah masih terbuka. Kami mencari 100 suri untuk kami latih menjana penda[atan dari rumah. Modal sekadar yuran untuk pendaftran. Produk digital kami sediakan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mengiklankan produk-produk dari ABR, kalian akan beroleh komisyen. Mempromosi kelas-kelas online, pakej-pakej niaga yang pihak Akademi tawarkan di laman niaga kami. Semuanya insyaAllah ada pulangannya nanti.
InsyaAllah kami membimbing untuk menggunakan kaedah iklan dan ayat-ayat iklan yang memang telah kami sediakan.
Berminat untuk bersama kami? Hubungi saya melalui salah satu langkah mudah di bawah :
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )
No comments:
Post a Comment