Followers

Tuesday, February 4, 2014

Perkara Paling Awal Mesti Diajar Kepada Anak

Teks : Normi M.Yusof
Sumber Foto : Google

Meminjam pesanan adinda saya Nurul Syakirah M.Yusof nun jauh di bumi Mesir. Adik saya pelajar perubatan di sana, selalu berkongsi tips dan ilmu yang didapatinya melalui kelas-kelas Tafaqquh dengan ustaz-ustaz di sana. Namun apa yang adik saya kongsikan kali ini sangat menyentuh hati rasanya, walaupun ini bukan kali pertama saya mendengar pesanan seperti ini.

Katanya,
"Ajarkanlah anak-anakmu mengenali Rasulullah s.a.w. sebelum mereka mengenali insan lain.
Ajarkanlah anakmu tentang kitab Syamail Muhammadiyah agar mereka mengenali Rasulullah saw lebih daripada orang lain.Subhanallah.kata seorang ustaz, walaupun berkali-kali telah dikhatam kitab ini, tidak akan pernah rasa jemu dalam hati.. Kalau berkesempatan, carilah guru yg boleh mengajar kita tentang kitab ini.Tak rugi belajar tentang Rasulullah. Semoga kita antara umat yg akan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.InsyaAllah."

 Jadi, apa kata kita jadikan cerita tentang Rasulullah saw sebagai "bed time story" untuk anak-anak. Ada ibu bapa ketika baring bersama anak-anak untuk menidurkan mereka, mereka jadikan waktu terbaik menyemak hafazan al Qur'an anak-anak. Ini juga satu langkah yang sangat bijak, kerana saya ketika masih belajar menghafaz Al Qur'an selalu dipesan oleh guru membaca ayat yang sudah dihafaz ketika mahu tidur, agar minda bawah sedar kita memproses untuk lebih ingat ayat tersebut.


 Salah satu buku berkaitan Rasulullah saw yang sangat menyentuh hati saya ialah buku ini - Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulullah oleh Ustaz Muhadir Haji Joll. Ada satu bab yang saya baca hingga tanpa sedar ada air mata yang mengalir. 

Sesungguhnya, jika bukan kita siapa lagi mahu memperkenal insan hebat ini kepada anak-anak? Jika kita sendiri tidak menyintai Rasulullah SAW sepenuh hati bagaimana mungkin kita bisa mengalirkan rasa cinta itu kepada zuriat kita?

Mari mulakan hari ini.

==============++++++++++++++===================

Sedikit selitan, pendaftaran Kelas Asas Blog masih terbuka. PM saya di Fb untuk bermula ya.

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini membantu kalian?:-
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksible, tanpa tekanan, tanpa terkejar-kejar. (^_^)

KOMITMEN.KESUNGGUHAN.FOKUS & KONSISTEN
Itu yang diperlukan.
==============================
Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^