Followers

Thursday, February 27, 2014

Tips Melembut Dan Melunakkan Hati Anak

Teks : Normi M.Yusof
Foto : Koleksi Peribadi & Carian Google

Bismillah,walhamdulillah memulakan hari dan penulisan ini dengan nama  Pemilik dan Penguasa alam jagat maya ini.




Maksudnya:

  1. Taa. Haa.
  2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
  3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
  4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
  5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Jujurnya ini suara hati saya,kita selalu diberi petua untuk membacakan ayat-ayat ini termasuk beberapa ayat pelembut hati yang lain dan baca serta dihembuskan kepada anak-anak. Namun pernahkah walau sekali, kita membacakan ayat-ayat tersebut kepada diri sendiri? Ini yang saya lakukan pada diri sendiri, kerana sebenarnya kotornya hati kita, malasnya kita dalam ibadah dan derhakanya kita pada Allah itu sebenarnya punca utama degilnya anak-anak. 

Itu belum termasuk dosa kita pada suami, pada ayah bonda dan orang sekeliling. Mungkin termasuk senarai rakan maya.

 Alhamdulillah, anak-anak saya belum/tidak termasuk dalam kategori degil atau meragam tahap 5 bintang, namun ada masanya sabar kita sebagai bonda mereka teruji juga. Kita selalu mengharap anak-anak menjadi seperti impian dan doa kita. Ya bacakanlah doa ini kepada mereka, tapi bacakanlah juga kepada diri kita sendiri. Sesekali urut dada dan bacakan ayat ini untuk diri sendiri dan suami juga. Jangan lupa berdoa selepas selepas membaca Al Qur'an, letak tangan di dada dan berdoalah agar dengan kehebatan dan mukjizat As Syifa' yang ada pada Al Qur'an ini bisa melunakkan dan menundukkan hati kita, suami dan anak-anak. Pesan guru saya ketika di Darul Qur'an dahulu, doa selepas membaca Al Qur'an antara doa yang paling mustajab.

 Sedaya upaya saya dan suami mengelak untuk terlalu marah dan meninggikan suara terhadap anak-anak. Teringat pesanan Ustazah Norhafizah Musa dalam salah satu ceramahnya, tanda rahmat semakin berkurang dalam sesebuah rumahtangga ialah apabila isi rumah saling meninggikan suara. Saya pegang kemas kata-kata ini. Ada masa bila terlupa, suami selalu mengingatkan, "Macam tak sesuai je Mie cakap kuat-kuat macam tu." Tersentak dan malu. Allahu Allah, terima kasih atas teguranMu melalui suamiku ini. Ini bisik hati saya.

Anak sahabat Dr.Ain Yusuf - Auni Ibtisam
rindu budak comel yang sudah balik ke Kedah



Kita manusia yang sangat terbatas ilmu dan pengetahuan, apa yang anak-anak lakukan di belakang kita memang di luar batas kemampuan kita untuk memantaunya. Justeru pasakkan doa buat anak-anak. Perbaiki amalan dan ketaatan kita pada Allah, kerana sesungguhnya hanya Allah jua yang bisa menjaga mereka. Pelihara lidah kita dari menyebarkan aib manusia, kerana seseungguhnya ada hadith khusus tentang dosa menyebarkan aib manusia. Andai ada perilaku sahabat yang tidak kita sukai, simpan sahaja atau paling tidak berkongsi dengan pasangan dan cukuplah hanya setakat itu. Doanya kita tidak diaibkan dengan perilaku dan akhlak tidak baik anak-anak.

Konklusinya, tips mahu lembutkan dan lunakkan hati anak-anak lembutkan dan lunakkan dahulu hati kita.

Segala ilmu milik Allah. Saya hanya hambaNya yang dhoif. Maaf andai ada khilaf dalam penulisan ini.

====================================
Saya salah seorang Guru Online Akademi Bekerja Di Rumah : 
Kalian seorang yang berkobar-kobar ingin mencurahkan ilmu pengetahuan buat perkongsian dan faedah bersama?

Punya banyak idea namun tidak tahu di mana atau bagaimana hendak disalurkan?

Hubungi saya untuk sertai kami di Akademi bekerja Di Rumah atau untuk dapatkan maklumat lanjut.
Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar

Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN

Hubungi saya di,
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi ) 

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^