Followers

Sunday, June 22, 2014

Suri Inspirasi - Pahatkan Matlamat Dengan Jelas

Matlamat perlu ditulis.Tulis dengan jelas. Apa yang kita mahu capai dan gapai.
Alhamdulillah, setakat ini insyaAllah saya sudah tahu apa yang mahu saya capai untuk lebih kurang seminggu sebelum Ramadhan ini.InsyaAllah juga saya sudah nampak apa yang mahu saya gapai bila anakanda Iklil Nurussyifa melangkah ke usia 2 tahun nanti.Hehe, walaupun Iklil Nurussyifa baru berusia 47 hari, hari ini. Ia berkait rapat dengan "masa depan" hafazan Al Qur'an saya. 

Ia juga berkisar apa yang mahu saya sumbangkan untuk masyarakat setempat nanti. Doanya ia menjadi bekal di akhirat nanti.

Gambar di atas, milik adinda saya. Nurul Syakirah (fb Syakirah) pelajar Perubatan di Al Azhar Mesir. Bersembang adik-beradik dalam Whatsapp - ketika itu adik saya masih berkira-kira mahu balik beraya di Kelantan atau tidak. Dengan kewangan yang terbatas, dengan bergantung hanya pada wang biasiswa dan zakat untuk pelajar memang pulang beraya satu pekara yang agak membebankan. Tambahan adik saya nan seorang ini cukup-cukup tidak mahu membebankan ayahanda dan bonda serta kakak abangnya.

Dipendekkan cerita, saya katakan pada adik saya tulis! Tulis apa ingin adik mahu itu. Ketika itu memang tiada jalannnya. Wang dari Yayayan Islam Kelantan hanya cukup-cukup untuk bayaran yuran pengajian. 
Alhamdulillah, ketika ini tiket balik sudah sedia dibeli bertarikh 14.Julai.2014 nanti. Ada wang zakat untuk pelajar masuk ke akaun adik. Ia cerita biasa, tiada ajaibnya. Cuma bagi saya ini kuasa menulis matlamat yang menjadi suatu DOA kepada Allah. Segalanya dengan izin Allah.
Ada matlamat? Tulis dan usaha menggapainya.
------------------------------------------Bergabung bersama kami, 750 blog alumni akademi. Ke arah 1000 blog Ramadhan nanti insyaAllah.
Pilih mana-mana kelas pilihan
1. kelas blog penulisan
2. kelas blog fanpage mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. kelas penulisan kreatif
5. bengkel offline / online urus akaun bisnes
6. pendaftran pengurus online
7. kelas wordpress
8. borong runcit telekung solat
9. bisnes makanan sunnah
10. projek duit raya

servis yang kami tawarkan :
1. Beriklan di soho directory
2. Tempahan blog peribadi, penulisan, bisnes

Hubungi saya sekarang,Guru Online anda.
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^