Followers

Sunday, July 18, 2010

SAYA TAK PANDAI BERNIAGA?

Dengan asma Allah yang Maha Agung

zauji habibi-yang sanggup jadi babysitter merangkap urusetia
HARI KELUARGA DAN SUKAN TAHUNAN PASTI KOTA KINABALU 2010


Kata kakak saya dalam nada bergurau....dalam keluarga kami, hanya dia yang boleh berniaga. Dalam dirinya yang ada sifat yakin, peramah dan tegas itu.....mungkin ada benarnya.

Kata sahabat kepada saya, "Mie....takpelah. Awak tak payah jaga gerai. Nanti nak bayar sewa gerai pun tak leh....hihihi. =)"
Punca sahabat saya berkata begitu bila saya memberi kurang pada pelanggan hingga kami langsung tiada untung. Nasib baik dapat modal!
Ini cerita ketika kami Persatuan Anak-anak Kelantan membuka gerai jualan baju muslimah ketika Pesta Konvo Darul Qur'an 2002.

Pernah juga saya berniaga buku Nostalgia Syuhada' Palestin (buku kesayangan saya dari dulu hingga kini) - atas permintaan sahabat-sahabat yang inginkan buku tersebut, tapi untung entah ke mana. Modal dapatlah balik untuk bayar kepada mahasiswa UKM yang membekalkan buku tersebut kepada saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Abe Long Ameen yang tak cukup umur nak masuk PASTI
tapi berlari pecut macam dia yang bertanding!


Sakiinah & Ameen

Itu cerita dulu-dulu. Zaman remaja yang baru ingin membina jati diri.

Sejujurnya saya selalu menyangka berniaga bukan bidang saya.....kerana kelemahan yang paling lemah saya, ialah bila orang meminta sesuatu dengan saya. Saya tidak mampu untuk mengatakan tidak...jadi, bila orang minta kurang - ia menjadi masalah yang cukup besar pada saya.

Hinggalah suami-zauji habibi- memberi galakan kepada saya. Dia cukup suka berniaga, hingga tempiasnya juga terkena pada saya. Suami juga yang selalu bertanya soalan-soalan "maut" berkaitan berapa untung yang saya dapat, berapa harga yang perlu diletak juga SELALU BERTANYA DAN MEMBERITAHU PERKARA YANG SAMA HINGGA SAYA MENJADI "BORING" TAHAP GABAN! HUHUHU=)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari pendahuluan yang cukup panjang ini ialah, saya cuma ingin memberitahu -
http://kedaihuffaz.blogspot.com/
sudah ada rangkaiannya yang baru -
http://kh-goodboygoodgirl.blogspot.com/
yang mana ia memfokuskan pakaian dan tudung kanak-kanak. Insyaallah jika tiada aral melintang akan masuk nanti koleksi BARU pakaian muslimah kanak-kanak. Dengan izin Allah jua.

Hari ini Ahad 18 Julai 2010 - berlangsung HARI KELUARGA DAN SUKAN TAHUNAN PASTI KOTA KINABALU. Bersama-sama sahabat-sahabat kami berniaga secara terus - buka gerai. Alhamdulillah saya dikelilingi sahabat-sahabat yang suka dan mahir bab berniaga.



produk-produk kedaihuffaz & kh-gbgg


ANTARA ACARA-ACARA SUKAN PASTI KK 2010

acara paling meriah tarik tali kanak-kanak


abi2 dan babah2 yang setia menunggu untuk memberi semangat
acara cari gula2 dalam tepung


paling mencuit hati acara lari dalam guni



tinta normi : saya dalam fasa membina keyakinan diri untuk menjadi suri suami dan ummi yang bekerja dari rumah. DOAKAN SAYA!

2 comments:

kakchik said...

alhamdulillah, tahniah normi. insyaallah jiwa anak kelantan dok di mana pun akan terlibat juga dengan berniaga. insyaallah sunnah kita ikut, bahagia dunia akhirat kita cari.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

syukran kakchik.... tu lah kak chik, darah org kelate, darah berniaga! hehehe

KAMI ^_^

KAMI ^_^