Teks : Normi hj MatYusof
Sumber gambar : Koleksi peribadi
Meminjam kata-kata Murabbi Dr.Zulkifli Al Bakri, "Pilihlah rakan-rakan yang baik, rakan-rakan yang menyebabkan kita insaf dan kembali kepada Allah, rakan-rakan yang membuatkan kita kenal tikar sejadah untuk solat, rakan-rakan yang menyebabkan kita menyesal tak bangun malam bermunajat kepada Allah, rakan-rakan yang menyebabkan kita banyak menyebut zikrullah. Kalau cara ini kita pilih rakan alangkah baiknya."
Ketika mengambil keputusan untuk berada di rumah sepenuh masa untuk suami dan anak-anak, saya selalu berdoa ditemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. Sahabat yang bisa menjadi cermin positif yang memantulkan aura positif. Terkenang doa-doa itu yang saban hari ditadah, lantaran terlalu rindu dengan usrah dan medan dakwah tarbiah yang mendarah daging sejak di bangku sekolah.
Antara aktiviti kami sepanjang 2012 & 2013
Sahabat alam nyata atau alam maya sama sahaja. Bersahabatlah dengan insan-insan baik, lebih baik dan terbaik. Belajarlah banyak perkara dari mereka. Memetik kata-kata Oprah Winfrey, "Surround yourself with only people who are going to lift you higher."
Berjumpa sahabat..tips hilangkan stress.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment